‘Abang Botak’ hent4k cermin kereta dipen jara 1 tahun

PETALING JAYA – ‘Abang Botak’ yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta Selasa lalu di Seri Kembangan dekat sini terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini di Penj4ra Kajang.

Ia berikutan keputusan Mah kamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman 12 bulan terhadap Danial Abdullah Tan, 31, yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan tersebut selepas pertuduhan itu selesai dibacakan.

Majistret Nurshahira Abdul Salim turut memerintahkan lelaki menjalani hukuman tersebut dari tarikh tangk4pan iaitu semalam.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, pembantu stor tersebut didakwa melakukan perbuatan khianat menyebabkan kerosakan pada cermin hadapan Perodua Axia milik Siew Chean View, 58, dengan cara mengetuk dengan topi keledar.

Kesalahan tersebut dilakukan di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan dekat sini pada pukul 5.30 petang, 28 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendkwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penj4ra tidak kurang setahun satu tahun atau denda atau kedua-dua sekali. – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.