Abang Kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Ceritakan Perangai Sebenar Adik Dia

“Rasa macam tak percaya anak kampung boleh jadi Perdana Menteri (PM).

Itu reaksi abang Perdana Menteri, Abdul Manaf Yaakob, 81, selepas adik bongsunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ataupun mesra dengan panggilan Yee dilantik selaku Perdana Menteri yang kesembilan pada Sabtu.

Menurutnya, ia umpama satu khabar gembira yang tidak terduga buat keluarganya.

“Memang ada rasa macam tak masuk akal adik jadi PM selain terkejut tapi pada masa sama bersyukur dan tahu ia dalam aturan ALLAH SWT walaupun saya lihat perjalanan karier politiknya agak mendatar.

“Ikutkan ketokohan Yee dalam politik hanya saya nampak ketika dia menuntut di Universiti Malaya (UM),” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Abdul Manaf yang juga bekas ahli perniagaan itu ditemui di kediamannya di Taman Sri Semantan di sini.

Anak kedua daripada lapan beradik yang mesra dengan panggilan Abang Nik itu memberitahu, sebagai anak bongsu, Ismail Sabri seorang adik yang manja dan low-profile sejak kecil.

“Lagi satu sebagai anak kampung, adik pun macam budak lain, suka mandi sungai dan lain-lain.

“Malah, bila adik dah jadi menteri saya lihat dia (Yee) masih ada menunjukkan sifat manjanya,” kongsi beliau bahawa adiknya sangat menggemari menu ketupat cicah gula kabung (nisan).

Seperti orang lain, Abdul Manaf juga mengharapkan adiknya dapat menggalas tanggungjawab sebagai PM sebaik mungkin.

“Jalankan tugas dengan jujur, ikhlas dan amanah selain dapat mengatasi pandemik Covid-19 yang sangat diharapkan oleh rakyat di negara ini,” tambahnya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: