‘Abg Rehat Ye Dekat Sana, Tunggu Sayang Yer’ – Baru 4 Hari Diijabkabul Suami Pergi Menemui Ilahi.. Sebak!

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan 8 Februari lalu, impian pengantin baru ini hancur apabila suami, Fikri Ghazali m aut dalam kem alangan jalan raya. Motosikal yang ditunggang a rwah dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Shah Alam.

Isteri, Nor Shahirah Mohd Fuad, di Facebook meluahkan rasa pilu dengan kehilangan cinta pertamanya itu.

Alfatihah buat suamiku

Semoga sayanggg tenang disana, Al-fatihah buat suamiku Syafiq Aiman Syafiq Aiman telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi tadi akibat kem alangan jalan raya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Otw bawa jen azah kebumi di Kelantan.

Abg tunggu syg ye

Al-fatihah
Dear sayangg. 7/2/2019 akad nikah. Dan 11/2/2019 suamiku Syafiq Aiman Syafiq Aiman telah kembali ke rahmatullah dan Alhamdulillah selamat dikeb umikan di kampungnya di Tumpat Kelantan pada pukul 5 pagi 12/2/2019.. Abg abg rehat ye kat sana, Allah lebih sayanggkan abg.. Abg tunggu syg yee. Syg doakan abg digolongan orang-orang yang beriman. Ya Allah. Kuatkan hambamu ni ya Allah.

Pengantin empat hari

Minta jasa baik kalian. Sedekah kan al-fatihah untuk suami saya yee.

Akan kenang sehingga ke akhir hayat

Tidak sempat mengadakan majlis resepsi pada April, Nor Shahirah redha dengan pemergian arwah suami.

Majlis resepsi kami sepatutnya berlangsung pada April ini di rumah saya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Kami juga merancang untuk meraikan bulan madu dalam masa yang sama mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Pasir Akar, Terengganu selepas Aidilfitri ini.

Namun kini semuanya hanya tinggal rancangan sahaja.

Tambahnya lagi, arw ah tidak menunjukkan sebarang kelainan ketika hari kejadian. Malah, dia sempat menyediakan sarapan pagi sebelum suami bertolak ke tempat kerja.

Kira-kira sejam selepas dia keluar, saya menerima panggilan daripada rakan arw ah memberitahu suami terbabit kem alangan dan dibawa ke Hospital Shah Alam.

Saya akan cuba datang seminggu atau sebulan sekali melawat keluarga arw ah kerana mereka juga keluarga saya dan paling penting mahu ziarah k ubur arw ah suami yang akan saya kenang hingga ke akhir hayat kerana dialah cinta pertama saya.

Sebak menceritakan kenangan bersama suami, dia memberitahu akan sentiasa pulang melawat keluarga arw ah meskipun suami telah tiada.

Sumber : Harian Metro , Iera Fuad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.