Adik bongsu nyaris diculik dua lelaki India di R&R Temerloh

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila adik bongsunya hampir diculik dua lelaki India ketika berhenti rehat di Kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, semalam.

Menurut Tarmizi, ketika kejadian dia meninggalkan adik bongsunya sekejap di dalam kereta untuk pergi ke tandas.

Tetapi, mujurlah dia sempat berpesan kepada adiknya supaya mengunci semua pintu kereta. Lelaki ini juga mendakwa yang dirinya hampir menjadi mangsa pukau, tetapi cubaan suspek itu gagal.

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh beliau:

PERINGATAN untuk para perantau semasa berhenti di Rehat dan Rawat. 31 Mei memang akan jadi kenangan pahit. Kalau tersilap langkah dan lambat keluar dari tandas tadi, aku mungkin akan kehilangan adik aku buat selamanya diambil orang kerana dua lelaki (India) yang tidak dikenali cuba membuka pintu kereta aku di RNR Temerloh.

Ceritanya, pada awal aku sampai di RNR Temerloh, aku diperhatikan oleh segerombolan manusia iaitu terdiri dari Melayu dan India. Tiba-tiba, masa nak makan, mereka mengambil tempat di meja sebelah aku. Diorang pandang aku, cubaan untuk pukau tetapi gagal.


Masa nak pergi ke tempat letak kereta, mereka tunggu. Syak wasangka memang tak ada ssebab bulan puasa ini ingat semua orang baik-baik. Tetapi, cubaan mereka untuk memukau gagal, lalu mereka cuba menggunakan kekerasan dan cuba membuka pintu kereta semasa adik aku bersendirian di dalam kereta. Nasib baik sebelum aku ke tandas, aku dah berpesan kepada dia. 
 
“Adik, lock pintu“ dan masa dalam tandas, adik call aku berkali-kali, kali ketiga baru aku angkat dia cakap emergency. aku terus bergegas keluar dan dua lelaki India itu sudah melarikan diri.
 
P/S: Berhati-hati kalau anda semua stop di Rawat dan Rehat Temerloh sebab ada mata yang sedang memerhati. Tunggu peluang untuk rompak, samun atau pukau. Serius trauma! Sampai ngigau adik di malam hari.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada pengadu telah membuat laporan polis atau sebalik. Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*