Aeril Zafrel Kena Tegur ‘Tak Takut SPRM Ke Selalu Tunjuk Kaya’. Ini Jawapan Selamber Aeril

MInggu ni kecoh di media sosial tentang SPRM tahan instafamous dan selebriti yang dikaitkan dengan pengubalan wang haram.

Shuib sepahtu juga ada terlibat sekali dalam siasatan pihak SPRM. Disebabkan kes masih dalam siasatan Shuib tidak dapat keluarkan apa apa kenyataan.

Netizen macam biasa akan buat bermacam macam spekulasi dan ianya berpunca sebelum ini Shuib seperti selalu menunjukkan kemewahan seperti kereta dan jam tangan.

Aeril Ditegur Pasal SPRM

Aeril Zafrel pun antara selebriti yang ada menunjukkan kemewahan. Oleh hal yang demikian, pelakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa.

Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Ada netizen yang tanya tentang SPRM kepada Aeril Zafrel dan ini jawapan dia .. memang kelakar.

Kami percaya kamu Halalan Toyiban

Walau bagaimanapun, kebanyakkan netizen mempercayai bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka sehingga mampu meraih pendapatan yang besar.

Mereka juga mengakui terinspirasi dengan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan mendoakan mereka kekal berbahagia hingga ke Jannah.