Agong Tiba-Tiba Singgah Utk Santapan Tengah Hari, Gelagat Tak Tentu Arah Tuan Kedai Pula Curi Tumpuan

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melawat mngsa-mngsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Chegar Perah, 14 Julai.

Al-Sultan Abdullah berangkat pada jam 3.45 petang dan disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi) Dato’ Sri Mohd Soffi bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Lipis Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim dan Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin.

Di dalam lawatan mengejut selama hampir 45 minit ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai kepada mngsa-mngsa banjir untuk membantu meringankan bebanan akibat bencana banjir yang telah melanda rumah-rumah mereka sejak semalam (Isnin, 13 Julai, 2020).

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi bersama mngsa-mngsa banjir yang telah ditempatkan di PPS tersebut.

Keberangkatan mengejut Al-Sultan Abdullah hari ini mencerminkan keprihatinan tinggi Baginda terhadap mngsa-mngsa banjir dan golongan-golongan yang memerlukan bantuan. la juga mencerminkan keperibadian tinggi Seri Paduka menyantuni mngsa-mngsa banjir tersebut.

Seramai 265 mngsa dari 67 keluarga dari kawasan Chegar Perah Mukim Batu Yon 2 telah ditempatkan di PPS tersebut berikutan bencana banjir yang berpunca dari hujan lebat tanpa henti sejak semalam (Isnin, 13 Julai, 2020).

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan yang dialami oleh mngsa-mngsa yang terjejas akibat bencana banjir ini.

Sempat singgah di sebuah restoran, curi perhatian warganet

Sementara itu semasa dalam perjalanan ke Kuala Lipis bagi melawat mngsa-mngsa banjir, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah dan menikmati santapan tengah hari di sebuah restoran di bandar Raub, Pahang.

Sifat bersahaja Al-Sultan Abdullah yang tidak kekok makan di restoran biasa telah mencuri perhatian ramai.

Tanpa pengiring yang membantu, Al-Sultan mengambil sendiri nasi dan lauk campur pilihan baginda.

Menariknya juga warganet sempat bergurau apabila melihat gelagat pekerja/ pemilik restoran berkenaan yang seakan tidak tentu arah ketika Al-Sultan sedang memilih lauk.

” Alahai… sempoi betul YDPA kita ni… inilah yang dikatakan Raja berjiwa rakyat, tak kisah nak makan nasi campur lauk ambik sendiri… sayaaang Tuanku.” tulis Achik

” Tak tentu arah pekedai dibuatnya”, komen Azza

” Kann kalau kita pon Agong datang tiba-tiba..panik takut semua ada” balas Habibah

Sementara seorang warganet berkata sifat ‘sempoi’ Agong yang tidak kisah makan di mana-mana membuatkan baginda begitu disayangi rakyat jelata.

” Panic attacks  Apapun kalau restoran biasa macam ni kita sendiri mesti fikir 3 kali nak makan ke tidak. Ahaha tapi Agong kita. Sangat sempoi.. Daulat Tuanku” tulis Hakeem

https://www.facebook.com/MalaysiaUnited18/videos/616929895899233/

Sumber: Asiakini