Akhirnya Jasad Penumpang Jatuh Feri Telah Ditemui. Ini Apa Yang Mereka Jumpa Pada Jasad Tersebut

GEORGETOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang yang dilaporkan terjatuh dari sebuah feri pagi kelmarin diperluaskan iaitu 18 batu nautika persegi dari kawasan mangsa dipercayai terjatuh.
Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berkata, setakat ini identiti dan maklumat berkaitan mangsa masih belum diperolehi.

Menurutnya, operasi yang masuk hari kedua bersambung pagi tadi bermula jam 7.30 pagi itu melibatkan tiga sektor pencarian dan disertai beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Turut terlibat dengan SAR berkenaan dan Pasukan Polis Marin dan Jabatan Laut.

Difahamkan setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan orang hilang.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang penumpang dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari feri penumpang, Feri Pulau Undan kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, mangsa terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut Terminal Feri Butterworth namun identiti mangsa belum dikenal pasti.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan bermula jam 9.50 pagi.

Ma yat penumpang jatuh feri ditemukan

PULAU PINANG 17 Feb. – Ma yat seorang penumpang yang didakwa terjatuh dari Feri Pulau Undan, Jumaat lalu telah ditemukan hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, ma yat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan oleh orang awam berhampiran Jeti Swettenham kira-kira pukul 10.30 pagi lalu mereka kemudiannya bertindak menghubungi polis marin.

“Ma yat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Pangkalan Polis Marin di Batu Uban di sini.

“Hasil pemeriksaan hanya wang RM1, kunci motosikal dan sebuah telefon bimbit ditemukan pada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian orang hilang sehingga hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber : Harian metro

Kredit: klviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.