Al Fatihah, Detik Detik Terakhir Lelaki Mengadap Ilahi Ketika Sedang Mengaji

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, antara tanda husnul khatimah ialah mengadap ilahi dalam keadaan melahirkann anak, pergi pada hari atau malam Jumaat, jnazahh berpeluh dahi dan memgadap ilahi ketika sedang melakukan amal soleh.

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki dipercayai daripada Palestin yang menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika membaca al-Quran.

Belajar mengaji pada usia lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang. Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama. Sementelah, menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.

Gambar

Dalam video dikongsikan Abdul Lateef Khaled, kelihatan seorang lelaki yang agak berusia mencium kitab dipercayai Al-Quran sebelum mula membacanya.

Dikenali sebagai Hajj Khamis Yahya, daripada Khalil, Palestin, beliau dilihat terkumat-kamit membaca kitab berkenaan sebelum terhenti dan tumbang dalam keadaan masih terduduk di atas kerusi.

“Berapa ramai orang yang tidak dikenali di dunia dicintai Allah.

“Beliau mungkin tidak alim atau popular, tapi lihatlah bagaimana Allah berikan dia pengakhiran yang baik.”

https://twitter.com/iKhaledSafi/status/1309049851578023936?s=19

ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha mempelajarinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH.

Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar dan berjaya. Begitu juga apabila kita belajar mengaji.

Tidak kiralah berapa pun usia kita, jangan sesekali menyerah kalah tanpa berusaha untuk belajar mengaji dan memperbaiki bacaan kalamullah sebelum menutup mata.

Semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah.

Sumber: Abdul Lateef Khaled/Mufti Wilayah Persekutuan/ejadsohor