Album Siti Nurhaliza Terjual 5 Ribu Unit. Sekali Azwan Ali Kata, ‘Tak Payah Gelupuh? Kecohlah Ingat 5 Juta’

Siapa sangka album ManifestasiSITI2020 yang dilancarkan Julai lalu mendapat sambutan hangat sehingga melayakkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Emas daripada syarikat rakaman Universal Music Sdn Bhd.

Difahamkan ManifestasiSITI2020 yang terjual lebih 5,000 unit itu secara tidak langsung membuktikan album ke-18 berbentuk fizikal (CD) penyanyi itu masih relevan biarpun terpaksa bersaing dengan platform digital.

” Saya bersyukur kerana di dalam era digital, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah empat bulan berada di pasaran.

” Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa, ” katanya.

Album fizikal Siti masih terima permintaan peminat.

Album ManifestaSITI2020 dijual menerusi SNP On Pay iaitu sistem pemasaran oleh Affiliate yang diwujudkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.

Ia memuatkan 11 buah lagu termasuk lagu Anta Permana yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu 7 Nasihat yang dilancarkan pada Februari lalu, menyaksikan Siti Nurhaliza bergandingan dengan penyanyi duo Hip Hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Selain itu, lagu Aku Bidadari Syurgamu yang terkandung dalam ManifestaSITI2020 juga berjaya tersenarai dalam carta radio dan carta platform digital.

Bukan itu sahaja, video muzik rasmi Aku Bidadari Syurgamu berjaya mencapai lebih 10 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada Julai lalu.

Selain jualan secara fizikal, peminat juga boleh mendapatkan album tersebut menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer.

Pada September lalu, Siti dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov iaitu sebuah syarikat penyelidikan terkemuka di dunia yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan dari 9.6 juta ahli mereka dari seluruh dunia.

Respon tidak disangka dari Azwan Ali

Sementara itu menerusi satu hantaran di Twitter, personaliti TV yang pernah popular satu masa dahulu, Azwan Ali dilihat merendah-rendahkan pencapaian Siti Nurhaliza.

Tidak dapat dipastikan apa punca sebenar yang menyebabkan ketidakpuasan hati Azwan Ali terhadap Siti Nurhaliza.

Sambil berkongsi keratan artikel dari The Star berkenaan jualan album Siti Nurhaliza, Azwan Ali turut menghamburkan kata-kata kes4t terhadap penyanyi nombor satu negara itu.

” 5000 tak payah gelupuh? Kecoh lah! Ingat 5 juta? Poooodah! G.T.HHH PUIIII..

” Konon Top? 5000 jer? W.T.FFFF BOD#HHHHH,” tulis Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Bukan itu sahaja, Azwan Ali turut dilihat sempat memaaki haamun seorang pengikut beliau yang cuba mempertahankan penyanyi tersebut.

” Ko jual jer lah suar dIam laki ko? Then ko cekau lah beli CD Siti merudummmm?,” tulis Azwan Ali.