Alhamdulillah, Bapa Kongsi Video Ainul Mardhiah Tersenyum

KUALA LUMPUR: Ainul Mardhiah, bayi perempuan penghidap knser mulut  yang kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London masih mampu tersenyum di sebalik kesakitan dialaminya.

Menerusi perkongsian di Facebook, bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, memuat naik klip video berdurasi sembilan saat memaparkan Ainul Mardhiah tersenyum sebaik disapa kakitangan hospital berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik dengan status tertulis ‘khas untuk yang nak tengok Ainul’, kakitangan hospital berkenaan dilihat bertanya khabar kepada bayi terbabit ketika sedang melakukan pemeriksaan ke atasnya.

Ainul Mardhiah kemudian tersenyum sebaik dipegang kakitangan hospital itu sebelum kedengaran suara seorang lagi wanita dipercayai doktor turut bertanyakan keadaan bayi terbabit.

Status yang dikongsi Ahmad Razak itu mendapat lebih 3,000 tanda ‘likes’ dan 423 perkongsian setakat ini.

Beberapa pengguna Facebook turut memberi kata-kata semangat kepada Ainul Mardhiah dan kedua ibu bapanya pada perkongsian status berkenaan.

“Saya setiap hari tengok FB (Facebook) tuan sebab nak tahu perkembangan baby Ainul. Semoga dipermudahkan segala urusan Ainul di sana. Amin,” kata pemilik akaun Facebook dikenali Akmal KeMal.

“Alhamdulillah…cerdik betul dia ya…satu dunia sayangkan Ainul,” kata seorang lagi pemilik akaun Facebook dikenali Kak Amy Zuraidah.

BH hari ini melaporkan beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah minggu ini.

Doktor dalam kalangan pakar onkologi pediatrik akan berbincang bagi mencari jalan terbaik merawat bayi itu.

Sumber : Berita Harian

Khas untuk yang nak tengok ainul

Ini adalah barisan para doktor, wakil dari Malaysia Airlines, dan Wakil dari Kedutaan Malaysia.

Terima kasih Avisena Hospital

Terima kasih First Ambulance

Terima kasih Malaysia Airlines

Terima kasih Malaysian High Commission

Terima kasih Menteri Kesihatan Malaysia

Terima kasih keluarga!

Dan terakhir dan terutama, TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA!

Kerana anda lah asbab segala perkara yang telah berlaku pada hari ini. ( izinNya )

Alhamdulillah, Bapa Kongsi Video Ainul Mardhiah Tersenyum

Saya doakan tuan/puan semua dirahmatiNya, dipermudahkan urusan, dilipat gandakan lagi rezeki dan diberikan ganjaran syurga buat tuan/puan sekeluarga.

Terima kasih rakyat malaysia, kerana anda lah kami dapat berada di sini ( izinNya )

London

27 May | 1:04pm | Isnin

Alhamdulillah, Bapa Kongsi Video Ainul Mardhiah Tersenyum
Kredit satu johor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.