Alhamdullilah, Dah Masuk Duit Interim ISinar Kategori Dua. Bagi Yang Belum KWSP Beritahu Berapa Lama Kena Tunggu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM 1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan b.eban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kess C0VID 19 serta b.encana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia.

Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

i-SINAR: Bayaran Pendahuluan RM1,000 Bagi Kategori 2

i-SINAR: Bayaran Pendahuluan RM1,000 Bagi Kategori 2KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2. Pembayaran itu bagi menambah baik kemudahan i-Sinar, terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP dan bencana banjir.

Posted by Berita TV9 on Monday, January 18, 2021

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online.

Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang pen.ipuan atau aktiviti s.cam.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut.

Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Untuk makluman, Sudah ada Pemohon yang mula menerima pembayaran i-sinar KWSP interim pada hari ini.

Kredit : KWSP/MySumber