Ali Puteh Dah Edit Ayat Dia, Sekali Ada Orang Sempat Screenshot. Man Raja Lawak Terus Balas Balik

Mungkin ramai masih ingat pada April lalu, pelawak Man Raja Lawak dan Ali Puteh pernah terbabit dengan perbezaan pendapat antara mereka berdua sehingga menarik perhatian umum.

Ia berlaku ketika kemelut di antara golongan penggiat seni dan netizen berterusan ekoran sumbangan pihak kerajaan kepada golongan susah.

Ketika itu Man Raja Lawak tampil dengan memberi duit kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Keprihatinan Man mendermakan RM50 ribu telah mendapat perhatian ramai, sehingga hampir kesemua portal berita menceritakan tentang sumbangan beliau.

Namun lain pula yang terjadi apabila anggota Puteh sendiri, Ali telah menegur Man agar tidak menunjukkan kebaikan buat tatapan umum.

Antara kata-kata Ali yang dikec4m ramai ketika itu, “Der…kalau kita nk buat baik..taknak ade sangkal dri org lain…buat keje dalam diam”

Sejak itu perkara tersebut senyap begitu sahaja tanpa ada apa-apa perkembangan samada dua orang pelawak yang pernah bergandingan di pentas sebagai satu kumpulan itu sudah berbaik atau sebaliknya.

Kisah yang timbul selepas itu banyak berkaitan Ali yang berselisih faham dengan balu Allahyrham Abam Bocey, Hidayah.

Hantaran terbaru Ali di Instagram cetus tanda tanya

Bagaimanapun terbaru, hantaran terbaru Ali di IG beliau telah mencuri perhatian warganet. Ia susulan kata-kata Ali diterjemah oleh warganet ditujukan kepada Man Raja Lawak.

” Bermula begini..berakhir begini…tu nama die brotherhood..bukan tumpang..dah sedap belah… Insyaallah coming soon..” tulis Ali Puteh

Ali tidak menyatakan kepada siapa dia tujukan kata-kata tersebut.

Malah Ali sempat menjawab pertanyaan warganet adakah ia ditujukan kepada Man.

” Itu lirik lagu lah..tengah buat lagu..” tulis Ali yang turut memuatnaik gambar beliau bersama Mamak Puteh, menafikan beliau sengaja ‘menyindir’ Man Raja Lawak

Man Raja Lawak beri reaksi

Bagaimanapun lain pula reaksi oleh Man Raja Lawak.

Ini kerana berdasarkan semakan di IG, Man dilihat telah memuatnaik entri di Insta Story beliau sebagai respon balas kepada hantaran Ali tersebut.

Tanpa berselindung, Man telah berkongsi keratan berkaitan hantaran yang ditulis oleh Ali.

Man kemudian menulis ayat “Scammer kot, takkan Ali nak tulis camtu..”

Man kongsi ayat Ali sebelum di ‘edit’

Malah bukan itu sahaja, Man turut berkongsi tangkap layar petikan kata-kata Ali yang sebelum diubah dan sempat di ‘screenshot’ oleh seorang warganet.

” Bermula begini..berakhir begini…tu nama die brotherhood..bukan tumpang..dah sedap belah..lepas tu gah, aku lah manusia humble dan hebat..

” Tu kalau dalam hutan jumpa ular dengan kawan tu..t1kam kawan tu dulu dari ular tu..sebab bisa kawan tu lagi tajam dari ular..” tulis Ali.

Terdahulu Man bersama kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.