Anak Ar Badul Sudah Tiada, Terkena Tembakan Ketika Demo Keupayaan Menembak

Pagi ini kita dikejutkan dengan gugurnya seorang perwira negara Mejar Zahir Bin Armaya yang merupakan anak kepada pelakon dan penghibur tanah air iaitu AR Badul. Anak kepada AR Badul itu telah berkhidmat bersama Pasukan Komando Gerup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia.

Difahamkan bahawa Arwah tercedera semasa menjalani demonstrasi tembakan peluru hidup menggunakan senjata jenis M4 sempena paluan berundur Markas 5 briged di Kem Lok Kawi, Sabah. Arwah meninggal dunia kerana peluru yang ditembak semasa demonstrasi itu dijalankan menembusi baju kalis peluru yang dipakainya.

Susulan daripada kejadian itu, Arwah digegaskan ke Hospital Queen Elizabeth yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.20 pagi ini.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Arwah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat perwira negara Mejar Zahir Bin Armaya yang gugur semasa menjalankan demonstrasi tersebut.

Sumber: Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.