Asyik Kena Dengan Tun M, Sekali Muhyiddin Yassin Bersuara Memang Padu. Ini Kata-Katanya Pada Tun M

Majlis Tertinggi Bersatu setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi parti itu telah memberi persetujuan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Dalam rakaman ucapan yang ditujukan buat ahli Bersatu, Muhyiddin berkata beliau percaya bahawa ia adalah pilihan terbaik untuk Bersatu.

“​Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu juga telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau the grand coalition.

“InsyaAllah, penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Tun M kata Bersatu kena ‘hijack’

Pada 12 Ogos lepas, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti baru beliau sebagai Parti Pejuang Tanah Air.

” Saya tak minat parti baru. Bukan untuk memecah orang Melayu lagi, tetapi untuk memberi tempat kepada orang Melayu supaya mereka dapat memilih sebuah parti yang berjuang untuk mereka untuk rakyat bukan untuk ‘apa aku dapat’.

” Bersatu kena ‘hijack’ dan kami dibuang, saya sendiri sebagai pengerusi dibuang.

” Pergi mahkamah dan mahkamah kata apa Muhyddin (Yassin) buat betul. Sebab itu kita terpaksa tubuh parti baru.

” Jadi, saya nak isytiharkan parti ini dinamakan sebagai Parti Pejuang Tanah Air,” katanya membuat pengumuman itu pada majlis memperkenalkan calon parti tersebut bagi PRK Slim di Slim.

Teruk kena ‘balun’ dgn Tun M, Muhyddin mula bagi sepatah dua kata

” Saya tidak khianat kepada parti. Saya yang tubuhkan parti ini. Jadi tidak ada sebab untuk saya khianat kepada parti yang saya sendiri tubuhkan,”

Demikian tegas Pemangku Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, beliau sendiri melalui fasa jatuh dan bangun dalam politik.

” Ada kalanya saya di atas. Ada kalanya saya di bawah. Itu adalah sebahagian daripada asam garam kehidupan saya yang mesti saya terima seadanya.

” Dahulu Tun Dr Mahathir (Mohamad) bersama-sama dengan kita. Saya tak boleh nafikan sejarah sumbangan Tun Dr Mahathir kepada parti kita.

” Saya hormat kepada beliau sebagai bekas pemimpin parti. Orang-orang yang dekat dengan saya pasti tahu betapa hormatnya saya kepada Tun Dr Mahathir.

” Saya dan kita semua pastinya berasa sedih kerana beliau tidak lagi bersama-sama kita. Tak mengapalah.

” Beliau memilih haluannya sendiri. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perutusan Persidangan Srikandi, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Bahagian Bersatu 2020, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kali ini beliau diberi amanah yang besar oleh Allah SWT untuk memimpin parti dan kerajaan.

Katanya, pengalaman mengajar beliau bahawa kedudukan, pangkat dan kuasa adalah sementara.

Malah, Muhyiddin berkata, ia bukan kurniaan untuk bermegah-megah atau untuk memiliki selama-lamanya.

” Tetapi kuasa pemerintahan adalah satu amanah berat untuk kita pikul.

” Begitu juga dengan saudara-saudari di peringkat Bahagian dan Cawangan. Dahulu sebahagian daripada saudara-saudari adalah ahli biasa.

” Sekarang jadi perwakilan, jadi Ketua Cawangan, Ketua Armada, Ketua Srikandi, Ketua Bahagian dan lain-lain.

” Ingat jawatan yang anda pegang ini adalah amanah yang mesti dijalankan dengan penuh tanggungjawab,” katanya.