Bantah Kiraan Bil Elektrik Mengikut Prorata TNB, Lebih 20,000 Tandatangan Berjaya Dikumpul

Baru-baru ini kecoh dengan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan mengkreditkan semula caj pengguna meter pintar di beberapa negeri ke dalam bil elektrik pengguna tersebut sekiranya semakan mendapati berlaku lebihan caj.

Rata-rata masih lagi yang tidak puas hati walaupun pihak TNB sudah mengeluarkan satu penyataan berkaitan jumlah bil elektrik perlu dibayar mengikut pengiraan bacaan meter. Lebih kurang 15,000 pengguna membuat aduan melalui petisyen untuk kerajaan pantau harga elektrik.

Ini kenyataan yang terkandung dalam petisyen tersebut:

“Kami rakyat Malaysia memohon kerajaan Malaysia mengkaji balik meter digital dan kiraan yang di gunakan oleh TNB bagi caj pengguna elektrik. Kami dapati ada unsur penipuan apabila berlaku kelewatan bill yang di hantar oleh TNB mengakibatkan kami terpaksa membayar lebih mengikut kiraan prorata TNB dan cukai yang di kenakan agak tinggi bagi setiap bil membebankan rakyat, pemotongan elektrik pulak agak cepat apabila berlaku bil tertunggak.”

“Kami mahu pihak kerajaan menyiasat segala aduan rakyat segera, bagi mengurangkan beban elektrik yang di tanggung rakyat. Siasatan perlu telus dan mengambil kira aduan rakyat.”

Berikut adalah kenyataan pihak TNB.

Sumber: Change.org

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.