Bantuan Prihatin Nasional 2.0 – respon kerajaan bakal buat rakyat tersenyum

MALAYSIA: Bantuan Prihatin Nasional atau dikenali sebagai BPN merupakan insentif atau inisiatif pihak kerajaan dalam membantu rakyat ketika pandemik cov-19.

Bantuan ini telah banyak meringankan beban kewangan rakyat Malaysia ketika menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Jadi adakah bantuan prihatin nasional 2.0 akan dibuat oleh pihak kerajaan. Berikut adalah jawapan Timbalan Menteri Kewangan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 2 Mohd Shahar Abdullah, Kerajaan Malaysia bersedia bagi mempertimbangkan permintaan bagi melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bergantung kepada kedudukan semasa kewangan negara.

“Kita akan lihat sekiranya kerajaan berkeperluan bagi melaksanakan pada masa depan, Insha Allah kita akan laksanakan. Namun begitu kerajaan juga harus melihat keadaan kewangan semasa bagi tujuan tersebut”

Shahar berkata demikian bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan 2 ini turut menjawab soalan lagi berkaitan dengan, masalah senarai nama Orang Kurang Upaya yang menerima bantuan Penjana juga akan diselesaikan dengan insiatif pemetaan nama oleh agensi kerajaan.

Menurut Shahar, ketika ini Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenal pasti mereka yang benar-benar layak mendapatkan bantuan berkenaan.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM110 juta bantuan dan daripada jumlah itu RM55.71 juta bayaran sudah dibuat untuk OKU, RM2.88 juta kepada ibu tunggal dan RM540,000 kepada khidmat bantu di rumah.

Berhubung soalan asal Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkaitan jumlah pemohon yang berjaya menebus e-Tunai sehingga Jun tahun ini beliau berkata, kerajaan berjaya mempromosi kepada 9.9 juta pengguna berbanding 7.41 juta ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

“Kita tidak perlu risau mengenai privasi kerana semasa permohonan terma dan syarat tetap sama, cuma kali ini kita letakkan syarat tambahan iaitu mereka perlu menggunakan aplikasi My Sejahtera.

“Semua data peribadi tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA),” katanya.

 

Sumber: wowrentas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.