Baru Je Anwar Kata Dapat Sokongan Dan Tunggu Masa Saja Nak Jumpa Agong. Sekali Ini Titah Agong

Terkini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, majlis menghadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ditangguhkan berikutan kegeringan baginda Al-Sultan Abdullah.

” Ketika ini, Al-Sultan Abdullah terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar di Institut Jantung Negara.

” Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, jemaah menteri kabinet dan individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Al-Sultan Abdullah mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak COV-19.

” Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah bertitah kepada semua pihak untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama semoga dikurniakan keberkatan daripada Allah SWT.

” Al-Sultan Abdullah mengajak seluruh rakyat bersama berdoa semoga Malaysia terus dilindungi dari segala bentuk ancaman dan dikurniakan kemakmuran berpanjangan,” katanya.

Anwar dakwa dapat sokong hampir 2 per tiga

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau sudah mendapat sokongan kukuh daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam, namun ditangguhkan selepas baginda mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

” Sebenarnya saya mendapat perkenan mengadap baginda pada Selasa jam 11 pagi, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.

” Dengan sokongan, majoriti kukuh dan meyakinkan ini bermakna pada saat ini kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Akan persembahkan sebaik Agong keluar dari IJN

Anwar dalam sidang media khas hari ini berkata, sokongan yang dianggap kukuh dan meyakinkan itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebaik baginda keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas menghadap YDPA dalam masa terdekat.

” Pentadbiran ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera tetapi semua kaum di negara ini,” katanya.

Ditanya jumlah sokongan diperoleh, Anwar enggan mendedahkan sebaiknya mengulang pendirian memperoleh majoriti yang kukuh daripada pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

” Konklusif, kuat dan kukuh, saya bukan bercakap mengenai 4,5,6 sokongan tetapi hampir dua pertiga ahli parlimen pelbagai parti.

” Dokumen ini tetap tidak boleh diragui, semuanya akan dimaklumkan sebaik menghadap Agong,” katanya.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad ada dalam senarai itu, Anwar berkata, bekas Perdana Menteri itu tiada dalam senarai.

” No (tiada), buat masa ini tiada,” katanya.

Anwar turut ditanya adakah terdapat pemimpin PKR yang berpaling tadah dan menyertai parti lain.

” Dalam senarai saya tidak nampak,” katanya.