Baru sambut hari lahir, bayi 1 tahun mninggal dunia dipercayai tersedak susu

Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.

Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan.

Ini kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.

Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

Pakar Diet Pemakanan, Norul Hazliza Sham Hashim berkata, insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol.

“Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru.

Dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas,” ujarnya.

Malah lebih parah, sekiranya keadaan itu berlaku apabila bayi itu memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak.

Tambah beliau, keadaan itu juga akan menyebabkan bayi dijangkiti bakteria dan memberikan kesan kepadanya.

Bagaimana pun dalam masa yang sama, masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu.

Keadaan itu terang beliau berlaku sekiranya bayi tersebut berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.

Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk .

Terbaru, Seorang bayi lelaki berusia setahun mninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu dalam kejadian di rumahnya di Taman Nusa Intan, Senawang awal pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dised4ri suami isteri Md Zarif Md Johari dan Zurriyati Ishak.

Ini selepas terdengar anaknya, Zulkarnain Md Zarif terb4tuk yang sedang t1dur di atas katil bersama.

“Bila saya bangun saya tengok dia dah mvntah susu dan b1birnya biru.

Saya cuba tepvk belakang badan tapi dia tidak lagi bern4fas.

“Saya dan isteri kemudian segera membawanya ke hospital swasta yang berhampiran.

Sebaik sampai, pihak hospital cuba memberikan bantvan pern4fasan…

“…namun menges4hkan anak saya sudah mninggal dunia ketika dalam perjalanan,” kata bapa m4ngsa yang berusia 36 tahun.

Md Zarif berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu baru d1scaj dari hospital semalam akibat mengh1dap dem4m yang berul4ng-ul4ng dan tiada selera makan.

“Saya r3da dengan ketentuan Allah SWT. Tapi sed1h kerana saya dan isteri baharu saja menyambut hari l4hir arw4h bulan lalu,” ujarnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, beliau menges4hkan kejadian berkenaan dan k3s diklas1f1kasikan sebagai m4ti mengejvt.

Menerusi laman Facebook, bapa saudara m4ngsa iaitu Afham Johari berk0ngsi sebuah posting mengenai berita sed1h itu dengan memvat naik beberapa kep1ng gambar m4ngsa.

“Rindunya nak pelvk c1um b4by Zulkarnain. Jumpa lagi sayang.

Mekasih Ya Allah sebab hadirkan si comel Zulkarnain dalam keluarga kami walaupon seketika,” katanya.

Sumber: Sinar HarianZuriyati Ishak , Afham Johari, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.