Baru sebulan bertunang. Lelaki terduduk dapat berita bakal isteri cuma ada 2 minggu sahaja lagi untuk hidup

“KAMI tidak akan memberitahu tempoh hidupnya hanya dua minggu sahaja lagi,” demikian luah seorang lelaki mengenainya keadaan tunangnya yang kini terlantar sak it.

Bagi Mohamad Aidil Haiqal Nor Azman, 20, dia begitu terkilan dengan pihak hospital yang merawat tunangnya, Nur Jannah Jahari yang kini mende rita s4kit selepas didiagnosis mempunyai ketum buhan di bahagian 0vari.

Jelas Aidil, sekiranya pihak hospital mengesan peny akitnya itu lebih awal, ketum buhan tunangnya itu tidak akan pecah dan merebak.

“Beberapa bulan lalu Nur Jannah memang mengadu s4kit di bahagian perut. Keluarganya dah bawa ke hospita1. Mula-mula di pergi ke hospit4l di Johor Bahru dan diberitahu dia mengalami kekurangan darah kuning.

“Kami berulang alik mendapatkan rawatan di situ dan menunggu laporan, dan diberitahu pula ada cyst yang masih kecil.

“Selepas itu dia balik ke kampungnya di Simpang Renggam dan mendapatkan rawatan hospital di Kluang kerana sakitnya semakin serius.

“Berita yang menge jutkan saya apabila doktor di sana mengesahkan ketum buhan yang dialami Nur Jannah telah pecah dan merebak ke seluruh bahagian perutnya.

“Paling menyedihkan saya, mereka beritahu Nur Jannah hanya ada tempoh untuk hidup lebih kurang dua minggu dan paling maksimum sebulan,” kongsi Aidil.

Menurut Aidil, doktor memberitahu perkara tersebut selepas Nur Jannah menjalani pembe dahan pada Khamis lalu.

“Memang buat saya terduduk. Sedih, terkilan semua ada. Memang saya sangat terkilan dengan pihak hospital kerana jika mereka cepat ‘detect’ mesti tunang saya masih boleh dirawat.

“Tetapi mahu atau tak, saya terpaksa melalui situasi menyedihkan ini. Saya masih tidak dapat menerima berita yang doktor sampaikan itu kerana saya percaya dengan Tuhan. Ajal dan m4ut di tangan-Nya.

“Saya dan keluarganya mengambil keputusan tidak akan memberitahu perkara sebenar (tempoh hidup) kepada Nur Jannah.

“Selepas pemb edahan saya tengok keadaannya agak stabil dan kuat semangat untuk sembuh. Saya berdoa semoga dia terus kuat,” jelas anak kelima daripada tujuh adik beradik ini.

Kisah yang menimpa sepasang tunangan ini mula menjadi perhatian netizen selepas sepupu kepada Nur Jannah, Aina berkongsikan keadaan menimpa gadis itu ke Twitter. Melalui thread tersebut juga, Aina telah berkongsi beberapa kepingan foto memaparkan potongan perbualannya dengan seseorang yang melaporkan keadaan terkini Nur Jannah.

Mohon doakan dia kuat dan tabah

Kuman barah dah merebak. Usus dah banyak boc0r

Perut dibeIah patut dah nampak usus. Tapi semua dah tak nampak

Ada perubahan positif lepas operation

Terkini, Nur Jannah telah selamat menjalani operation menampal ususnya pada Khamis lalu dan perubahan positif dalam dirinya mula kelihatan. Dia sudah boleh bercakap serta minum dengan elok.

Alhamdulillah.. hari ni dia kuat berbual

Dalam pada itu, Aidil bercadang mahu bercuti seketika untuk menjaga tunangnya yang dikenali sejak kecil lagi.

“Saya bekerja di Singapura dan kalau tidak mendapat pelepasan bercuti panjang saya mahu berhenti kerja.

“Memang saya ingin menghabiskan masa menjaga Nur Jannah. Hanya masa yang suntuk ini sahaja yang saya ada untuk menjaganya.

“Kami baru sahaja bertunang 31 Ogos lalu dan merancang berkahwin paling awal tahun depan.

“Tetapi dugaan pula buat kami semua. Saya doakan dia teruskan semangat melawan penya kitnya itu,” ujarnya dalam nada sedih.

Sumber: mstar & twitter haiennaa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.