Beberapa saksi tampil beri keterangan

BEBERAPA saksi kejadian sudah tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran persimpangan Southville City semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ada antara saksi berkenaan tampil sukarela dan ada juga diminta tampil membantu siasatan.

Menurutnya, akan ada lagi saksi akan membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita sudah rakam percakapan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya hari ini.

Harian Metro melaporkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre semalam.

Laporan sebelum ini memetik Fadzil dilaporkan berkata, kejadian itu berpunca daripada kemalangan kecil antara Syed Muhammad Danial dan suspek berusia 40 tahun selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan.

Difahamkan kereta Syed Muhammad Danial melanggar bahagian belakang kereta suspek menyebabkan berlaku kejar mengejar sehingga kenderaan mereka berhenti selepas persimpangan Bandar Baru Bangi.

Menurutnya, berlaku pergaduhan antara suspek sebelum mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati keluar dari kenderaannya dengan membawa kayu besbol dan terus memukul bahagian hadapan kereta suspek.

Suspek yang kemudian menekan pedal minyak dalam keadaan tergesa-gesa terlanggar Syed Muhammad Danial.

Kejadian itu menyebabkan Syed Muhammad Danial tersepit di antara kereta suspek dan penghadang jalan sebelum dikejarkan ke Nilai Medical Centre oleh orang awam.

 

Sumber: cempedakcheese

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*