Benda Dah Pun Tersebar, Ini Yang Dialami Makcik Pemilik Kedai Gara-Gara Vdeo Tular Tengking Eira

Sejak dua hari lalu, isu vdeo tular seorang usahawan wanita bernama Eira Aziera ditengking oleh pemilik restoran hangat diperkatakan ramai.

Lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila ia membabitkan sebuah restoran yang dikatakan antara agak popular di negeri Melaka.

Ketika kejadian, Eira yang berasal dari utara tanahair sedang membuat ‘live’ di Facebook sambil mempromosikan produk di dalam kedai terbabit.

Kemudian kedengaran suara pemilik kedai telah menengking Eira agar tidak mempromosikan produknya itu di dalam kedainya. Cuma tidak kedengaran pula makcik pemilik kedai menghalau Eira.

Di situ jadi isu apabila Eira bangun dan mengajak rakan-rakan keluar sambil mengeluarkan bahasa kes4t kepada pemilik restoran itu.

Tidak habis di situ, Eira masih tidak berhenti dari ‘live’ tersebut, malah dia masih meneruskan dengan bahasa tidak s0pan dengan mempers3nda restoran tersebut.

Eira turut berkata dia berasakan ada ‘sesuatu’ dalam kedai tersebut menyebabkan pemilik menghalangnya dari membuat ‘live’.

Malah disebabkan ditegur, Eira mengajak pengikutnya untuk ‘mengajar’ restoran tersebut.

Situasi terkini di Restoran 35 selepas vdeo tular

Susulan dari itu juga, orang ramai mungkin tertanya-tanya apa nasib akan berlaku kepada pemilik perniagaan Restoran 35 selepas kejadian vdeo tular itu.

Terbaru, seorang pengguna Facebook bernama dipercayai penduduk setempat telah berkongsi keadaan terkini di kedai yang mencetus sensasi ramai itu.

Halimatussaadiah Salleh memuatnaik hantaran sambil berkongsi beberapa gambar yang diambil di Restoran 35 semalam dan apa yang terjadi sangat tidak dijangka.

” Antara asam pedas dan bahasa yang pedas

” 12 September 2020, Restoran 35.

” Kami sekeluarga memang suka makan tengahari di sini

” Asam pedasnya memang sesedap rasa. Pekena sambal belacan mangga dengan ulam-ulaman dan ikan masin memang hilang stress.

” Biasalah sesekali tokeh kedai keluarkan bahasa anak jati Melaka.

” Bagi pelanggan biasa macam kami macam dengar makcik-makcik sembang-sembang sementara menunggu padi di jemuran.

” Kasar-kasar orang Melaka dalam hati ada taman” tulis Halimatussaadiah.

Keadaan selepas isu tular, orang beratur sampai ke luar kedai.

Berdasarkan kepada gambar tersebut, ternyata isu viral dan vdeo yang tular itu langsung tidak menjejaskan pemilik restoran dan perniagaan mereka.

Malah apa yang mengejutkan, Restoran 35 seolah-olah mendapat impak positif dari vdeo yang tular tersebut dan pastinya makcik pemilik kedai tidak menang tangan melayan pelanggan.

Ia susulan orang ramai dilihat memenuhi restoran, malah difahamkan pengunjung yang datang melebihi dari kebiasaan.

Boleh dilihat orang ramai beratur panjang sehingga ke luar restoran bagi menjamu selera.

Berdasarkan semakan, masakan asam pedas di Restoran 35 dikatakan antara yang paling popular di kalangan penduduk setempat.

Sumber: Halimatussaadiah Salleh