“Bengk4k Mata Nang1s, Seb4k Bila Ramai Kvtuk,” Cakap Artis Lain Cantik Dan Dia Bvruk, Datuk Seri Vida Minta Bagi Masa ‘Groom’ Cik B

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida ada berkongsi cerita perihal anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin,15.

Cik B yang kini mulai cenderung dalam dunia lakonan dan nyanyian telah menerima kritikan beserta komen negatif terhadap fizikalnya.

Sebagai seorang ibu, DSV meluahkan rasa rasa terkilan apabila melihat anak gadisnya itu yang sedih atas tohmahan yang diterima.

 “BAGI MASA SAYA GROOMKAN @cikb_havoc66 CIK B CAKAP. ARTIS LAIN SEMUA CANTIK CANTIK. CIK B JER…BURUKKKK.

“BENGKAK MATA..CIK B NANGIS..SEBAK WEYYY BILA RAMAI KUTUKK. BACA ARTIKEL KAT STORY,” tulisnya.

Vida bagaimanapun menyifatkan anaknya itu sudah pun berani untuk berdikari dan buang rasa malu.

“TAK PE LA..INI FASA PERTAMA. AT LEAST DIA DAH TAK MALU. BOLE BERDIKARI DAH. DULU, MMG MALU DGN DIRI,” tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan reaksi positif terhadap Cik B dan memintanya untuk terus kuatkan semangat.

Dalam perkembangan lain, Cik B yang telah pun membuat kemunculan pertama menerusi drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta baru sahaja mengeluarkan lagu single pertama yang berjudul Tolonglah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: Instagram DSV

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.