Berhenti salahkn guru tu, ini penjelasan sebenar drpd beliau

Media sosial hari ini dihujani dengan sebuah video yang dirakamkan oleh seorang guru menunjukkan seorang murid mendedahkan bahawa bapanya mengambil air ketvm.

“OK, cikgu nak tanya sekali lagi. Siapa kat rumah bapa dia pandai masak?” suara guru yang membuat rakaman itu di dalam kelas dapat didengar.

Kemudian ramai murid mengangkat tangan untuk menjawab sebelum kamera difokuskan kepada seorang murid perempuan yang duduk di meja hadapan.

“Air ketvm,” jawab murid tersebut secara ringkas dalam keadaan tersipu-sipu, diikuti dengan gelak tawa murid-murid lain.

Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan ibu bapa.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang tidak mendedahkan lokasi sekolah itu, murid tersebut kelihatan malu dan cuba menundukkan kepalanya selepas diketawakan oleh rakan-rakan.

Sementara itu, penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu menerusi perkongsiannya di Facebook berkongsi mesej yang diterima daripada guru yang membuat rakaman tersebut.

“Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu murid saya dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketvm, harap dapat cover dari anak.

“Saya tidak pernah sesekali memvralkan dalam Facebook atau group, hanya pada ibu ini. Mohon ketahui perkara sebenar dan bantu saya,” ujar guru berkenaan.

Guru tersebut turut mendkwa sepanjang perkhidmatannya, dia tidak pernah memuat naik sebarang aktiviti membabitkan murid-muridnya di laman sosial.

“Jangan kata murid, kawan-kawan saya pun tidak. Saya cuma ‘up’ kan hal saya. Benda macam ni mengganggu saya, kasihankanlah saya,” kata guru itu lagi.

 

Pengakuan seorang guru yang didkwa membuat rakaman.

Susulan pengakuan guru tersebut, Mohd Fairuz yang lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi mempersoalkan individu yang menyebarkan video tersebut ke media sosial.

“Ibu kanak-kanak berkenaan mungkin ada jawapannya. Biasanya kalau video ‘comel’ begini, mestilah cepat-cepat nak kongsi dalam grup WhatsApp famili.

“Bila dah tersebar di satu gup, bayangkan apa akan jadi selepas itu. Dan kita semua dah tahu video ini telah tersebar merata. Jadi, siapa yang betul dan siapa yang salah dalam isu ini?

“Itu bukan tugas kita untuk mengadili. Biarlah pihak sekolah, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) atau kementerian yang siasat,” katanya sambil menambah bahawa guru tersebut memaklumkan soalan diajukan kepada murid kali kedua untuk mendapatkan ‘bukti kukuh’ menerusi rakaman.

Mohd Fairuz turut memberi cadangan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, guru seharusnya tidak mengambil tindakan peribadi dengan menghantar video tersebut terus kepada ibu bapa.

“Ya, niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham. Rujuk pentadbir sekolah, bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya.

“Paling elok, panggil si ayah dan ibu murid datang ke sekolah. Maklumkan apa yang berlaku serta tunjukkan video itu. Kemudian, padam segera,” katanya.

Penjelasan guru berkenaan mengenai video yang tul4r.

Jika benar dakw4an murid tersebut, tambah beliau, ibu bapa juga perlu dimaklumkan mengenai impak buruk yang dialami anak sekiranya si bapa tidak berubah.

Menurut beliau, jika k3s berat, bapa atau ibu murid terlibat dengan penyalahgunaan ddh, maka panjangkan terus kes kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Guru berkenaan akan buat laporan polis petang ini. Doakan yang baik-baik untuk cikgu ini, murid berkenaan dan ibu bapanya,” ujar Mohd Fairuz.

Ok, ini video yang sudah disaring untuk mereka yang terlepas naik bas pagi tadi…

𝐒𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨 '𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐦': 𝐍𝐔𝐓𝐏

𝐒𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨 '𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐦': 𝐍𝐔𝐓𝐏Penyebaran video kanak-kanak sekolah yang menjawab soalan guru dengan berkata bahawa bapanya pandai masak air ketum tidak wajar dan tidak sepatunya berlaku.Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau sudah melihat video yang tular di media sosial pagi tadi dan masih belum mengetahui punca sebenar bagaimana video berkenaan boleh tular.Menurut beliau, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan NUTP memandang serius perkara itu kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur."Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mencemarkan maruah keluarga dan kanak-kanak terbabit, " katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.Video tular hari ini menunjukkan murid sekolah berkata bapanya pandai masak air ketum apabila menjawab soalan gurunya.Amiruddin berkata, pihaknya akan menunggu maklumat lengkap berkenaan video yang tular itu sama ada ia dilakukan oleh pihak lain.Menurut beliau, sekiranya perkara itu dilakukan oleh guru, ianya sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana membabitkan hal ehwal murid dan pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan bagi membuat siasatan.Katanya, beliau turut menasihatkan guru agar berhati-hati dengan kecanggihan teknologi masa kini supaya tidak melakukan perkara di luar batasan yang boleh menjejaskan institusi perguruan."Buat masa ini kita menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan motif sebenar ia ditularkan," katanya.▶️Harian Metro

Gepostet von Info Roadblock JPJ/POLIS am Dienstag, 18. August 2020

Sumber: mstar