Berita Baik Untuk Rakyat, Akhirnya KWSP Umum Perincian ISinar. Terbahagi Kepada Dua Kategori Berikut

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membahagikan penc.arum yang layak untuk kemudahan i-Sinar kepada dua kategori.

KWSP dalam kenyataan berkata, bagi Kategori 1, mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi no.tis cuti tanpa gaji.

“Kri.teria bagi Kategori 1 meliputi ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut ketika permohonan; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020,” katanya.

Katanya, bagi kateg.ori ini, tiada do.kumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara auto.matik berdasarkan data dalaman KWSP.

Malah, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

KWSP berkata, bagi Kategori 2, ia meliputi ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengu.rangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk peng.urangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

“Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan notis pemberhentlan atau pemotongan elaun dan/atau tun.tutan kerja lebih masa.

“Jika d0kumen tidak boleh dikemukakan, sebarang d0kumen sokongan lain seperti
penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan,” katanya.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan perm.ohonan dipertimbangkan dengan terperlnci, sta.tus perm0honan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pem.bayaran akan dil.aksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Sementara itu, jumlah kelayakan i-Sinar adalah bergantung kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Sekiranya ahli yang mempunyai baki RM 100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maks.imum RM 10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maks.mum RM 5,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM 100,000 dalam Akaun 1, mereka boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM 10,000.

Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transac.tion Auth0risation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP, dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktlf.

Sumber : HMetro