Berita Baik Untuk Semua. Kerajaan Bakal Beri Bantuan Khas E-wallet Dan BPR 2021. Ini Jumlah Yang Sangat Tinggi

Kerajaan menerusi Menteri Kewangan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 50 secara one-off bermula 2021 kepada RM 100 setiap orang

Bantuan ini akan melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara. Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah utnuk membantu kehidupan seharian para belia.

Pemberian RM 50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.

Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet

Syarat kelayakannya ialah :

Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet
Cara Membuat Permohonan

Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas.
Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
Mengisi segala butiran yang diperlukan.
Perhatian

Bantuan ini hanya akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini terus anda boleh tebus menggunakan verifikasi kad pengenalan. Info berkaitan ini, kami akan sentiasa kemaskini dari masa ke masa.

Bantuan BPR 2021 Berjumlah Sehingga RM 1,800

Terrdapat satu insentif lama yang telah diubahsuai yang mampu membuat anda sedikit tersenyum.

Insentif tersebut adalah, pengubahan nama Bantuan Sara Hidup (BSH) ke Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Pengubahan nama juga ditambah baik dengam jumlah bantuan yang semakin bertambah.

Kadar umur bagi kategori bujang turut semakin menurun.

Perbandingan Kadar Bayaran Antara BSH dan BPR

Kategori 1

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,000 dan ke bawah
Bantuan berjumlah RM 1,100 + RM 120/ satu anak

2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 2

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM 2,0001 hingga RM 3,000
Bantuan berjumlah RM 850 + RM 120/ satu anak
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 3

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan diagihkan kepada Pendapatan Isi Rumah antara RM 3,001 hingga RM 4,000
Bantuan berjumlah RM 600 + RM 120/ satu anak
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori Bujang

1. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Diberikan kepada bujang yang melebihi 40 tahun
Berpendapatan kurang daripada RM 2,000
Bantuan berjumlah RM 300
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Diberikan kepada individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas
Bantuan berjumlah RM 350

credit artikel https://www.kerjasemasa.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.