Bertudung Litup, Sekali Terbongkar Rahsia Wanita Ini Selepas Ditahan Bersama Tiga LeIaki BangIadesh

Pernah kerja sebagai pemandu e-hailing, namun diberhentikan selepas kerap membawa anak bersama, siapa sangka wanita ini beralih bidang yang lebih kurang ‘sama’.

Seorang wanita tempatan sanggup mengambil upah sebagai tekong darat untuk membawa tiga lelaki warga BangIadesh disyaki pendatang tanpa izin (PATI) warga BangIadesh.

Wanita berusia 33 tahun itu dikatakan sanggup menempuh perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Keteri, Perlis dengan bayaran upah RM450.

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar selepas kereta dipandu wanita itu ditahan polis di sekatan jalan raya (SJR) Ops Covid 19 di hadapan Gelanggang Futsal Jalan Napoh, Changlun, Jitra ke Padang Sera, pada 5.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pemeriksaan dalam kereta itu menemui tiga lelaki BangIadesh berusia antara 30 hingga 36 tahun.

Beliau berkata, kesemua PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

” Berikutan itu, mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pernah kerja sebagai pemandu e-hailing, tapi diberhentikan sebab kerap bawa anak..

Menurutnya, wanita itu sebelum ini menjalankan kerja sebagai pemandu e-hailing, tetapi disebabkan dia kerap membawa anak bersama, syarikat membatalkan perkhidmatannya.

Beliau berkata, disebabkan itu, wanita itu mengambil kesempatan untuk menjadi tekong darat.

Ia selepas dia dihubungi seorang lelaki yang dikenali pada 19 Ogos lalu untuk mengambil tiga lelaki BangIadesh berkenaan untuk dihantar ke Keteri, Perlis.

Katanya, hasil siasatan mendapati wanita itu belum mengambil sebarang pembayaran untuk menghantar mereka.

” Mereka dipercayai bertolak dari Sentul, Kuala Lumpur pada semalam, pada jam 10 pagi.

” Pemeriksaan lanjut mendapati, tiga warga BangIadesh itu tidak mempunyai sebarang pasport dan hanya permit kerja yang disyaki palsu,” katanya.

Mohd Ismail berkata, siasatan lanjut mendapati tiga lelaki BangIadesh itu disyaki berada di negara ini hampir tiga tahun.

Katanya, ketiga-tiganya pernah bekerja sebagai buruh binaan di Kuala Lumpur dan kilang perabot di Sentul.

Beliau berkata, tujuan mereka hendak ke Perlis dipercayai untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan ini kali pertama dia berurusan dengan tiga lelaki itu.

” Wanita itu disiasat mengikut Sksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

” Tiga lelaki BangIadesh itu akan disiasat mengikut Sksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.