‘Boss, saya jaga solat 5 waktu walaupun duduk dalam lokap’ – Papagomo dengar nasihat Asyraf Wajdi

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kagum dengan semangat juang Wan Muhammad Azri atau Papagomo walaupun dianiaya Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sehingga terpaksa merengkok di dalam lokap selama tiga malam.

Beliau berkata, sebaik sahaja dibebaskan petang tadi, Exco Pemuda Umno itu telah menelefonnya dan memberitahu yang dia menurut segala nasihatnya untuk menjaga solat walaupun berada di dalam tahanan.

“Ketika menelefon saya sejurus keluar lokap petang tadi Papagomo berkata pada saya, Boss, walaupun dalam lokap saya jaga solat 5 waktu sebagaimana nasihat Boss untuk menjadi pejuang Agama sejati.

“Syukur, Alhamdulillah. Moga hidayah dan rahmat sentiasa melindungimu Wan Azri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dr Asyraf Wajdi juga menyifatkan sandiwara Syed Saddiq tidak menjadi dalam insiden kekecohan tersebut dan mahu beliau disiasat kerana membuat laporan palsu.

“Ternyata sandiwara Syed Saddiq tidak menjadi kerana banyak rakaman video dan laporan polis balas beberapa saksi yang menafikan berlaku serangan ‘cekak leher’ sebagaimana yang didakwa dalam laporan polis palsu Syed Saddiq.

“Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar Syed Saddiq juga disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya.

Hanya Allah yang tahu betapa cekalnya isteriku

Sementera itu papagomo ada berkongsi cerita berkenaan isterinya sepanjang beliau berada dalam tahanan reman dalam lokap.

Beliau mengatakan “hanya Allah sahaja yang tahu betapa cekal dan kuatnya isteriku”

“Tiap hari my wife ke IPD Kajang nak jumpa tetapi gagal untuk berjumpa. Di mahkamah waktu direman pun beliau tak dapat berjumpa yang mana Aku pun tak faham kenapa kali ini sekali pun isteri tak dibenarkan berjumpa.”

“InsyaAllah doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan. Hari ini Khamis jam 2 petang Saya akan buat laporan Polis di IPD Kajang ke atas YB Lolipop atas laporan palsu dan penganiayaan yang dibuat ke atas Saya. ”

Terima kasih YB Syed Saddiq

Dalam statusnya di facebook papagomo juga berterima kasih kepada yang menyokongnya sejak hari pertama beliau ditahan polis. Tulisnya:

“Alhamdulillah..

Hari ini Aku belajar nilai persahabatan. Terima kasih YB @syedsaddiq kerana telah menunjukkan sikap sebenar dalam diri yang sanggup buat apa sahaja demi kepentingan politik.

Terima kasih semua yang menyokong Saya sejak hari pertama ditahan pihak Polis. Terima kasih kerana berani bersuara demi kebenaran.

Kita jumpa esok pentas speaker corner di pasar malam Bandar tasik Kesuma jam 5 petang.

Tak sabar nak balik rumah, rindu anak-anak”.

Sumber: Fb papagomo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.