Bukan ‘pendekar’ biasa. Semangat dikagumi

Masih ingatkah anda dengan satu kisah yang membuktikan semangat kental seorang askar untuk terus berada di dalam baris perbarisan tentera walaupun mengalami kecedraan? Kisah yang berlaku pada tahun 2008 itu berjaya membuktikan semangat kental dan disiplin ketenteraan yang tinggi berada di dalam diri anggota tentera tersebut.

Anggota Batalion Keenam RAMD, Lans Koperal Zamri Md Sood mengalami kecedraan setelah lengan kirinya tertu$uk dengan benet senjata M-16 rakannya ketika melakukan rusuk senj4ta dalam perbarisan perarakan keluar padang Panji-Panji Rejiman lama. Lukaa yang dialami olehnya dipercayai sedalam enam sentimeter pada bahagian lengan kiri.

Walaupun lengannya telah dipenuhi dengan dara4h, anggota tentera tersebut tekad untuk berada di dalam baris selama hampir dua jam sehingga akhir upacara Penggantian Warna Regimental.

Semangat juang yang dipamerkan oleh anggota tentera tersebut telah mengagumkan ramai pihak yang berpendapat bahawa anggota tersebut sangat cekal dalam tugasnya. Perkara ini dapat dilihat menerusi reaksi yang diberikan oleh rata-rata warganet.

Bagi memperingati dan mengenang pengorbann anggota tentera tersebut, pakaian yang digunakan semasa kejadian tersebut dipercayai masih disimpan di dalam muzium.

“Dar4ah dia bernilai untuk beribu nyawa”

Sumber: Amadasan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.