Cadangan Keluar Akaun 1 KWSP Sejumlah Ini Selama 5 Bulan Dengan Syarat Berikut Tarik Perhatian Rakyat

Terdahulu, ramai memberi cadangan kepada kerajaan, antaranya Membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Wan Norhidayah W Mohamad berkata, langkah itu bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat yang terkesan pandemik Cov-19.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil dan mendesak ini, tindakan membenarkan rakyat untuk mengurangkan bebanan kewangan dengan menggunakan wang sendiri

Ini adalah langkah yang prihatin dan mampu meredakan kegusaran mereka.

“Cadangan pengeluaran ini juga dilihat tidak akan membebankan kerajaan kerana tidak membabitkan dana tambahan yang perlu ditanggung oleh kerajaan sendiri, seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Bagaimanapun, cadangan pengeluaran KWSP ini boleh diperhalusi lagi dengan hanya membenarkan golongan yang betul-betul terjejas.

Ini untuk membuat pengeluaran seperti golongan B40, individu yang kehilangan pekerjaan dan mempunyai tanggungan yang ramai,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, bayaran juga boleh dibuat secara berperingkat, contohnya sebanyak RM500 hingga RM1,000 sebulan yang dikreditkan terus ke dalam akaun individu.

Menurutnya, cara itu dilihat mampu menjamin kelangsungan kewangan mereka (pencarum) sekurang-kurangnya untuk setahun yang akan datang berbanding dengan bayaran sekali gus RM10,000.

Dr Norhidayah berkata, langkah membenarkan pengeluaran KWSP itu membolehkan rakyat berbelanja dan sedikit-sebanyak dapat membantu merancakkan ekonomi negara.

“Keuntungan daripada langkah ini akhirnya akan kembali semula kepada kerajaan.

“Apabila ekonomi kembali pulih, rakyat dapat menaikkan semula caruman mereka untuk simpanan hari tua,” katanya.

Cadangan Keluar Akaun 1 KWSP RM2,000 Sebulan Selama 5 Bulan Dengan Syarat Berikut Tarik Perhatian Rakyat

Pemuda Umno Johor menyarankan pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersyarat dengan maksimvm 2,000 sebulan selama lima bulan.

Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata. syarat pengeluaran itu perlu dilakukan secara bersasar iaitu kepada gol0ngan benar-benar terjejas dan memerlukan sahaja.

“Pengeluaran bukan dibuat secara sepenuhnya atau lump-sum, tetapi dibayar secara bulanan

Misalnya 2,000 maksimum setiap bulan untuk jangka masa lima bulan.

“Menerusi cara itu, duit itu dapat dibelanjakan rakyat secara berhemah, sekali gus membantu mengurangkan beban rakyat.

Ini kerana keadaan ekonomi belum pulih susulan penularan C0vid 19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman KWSP

Ini untuk digunakan rakyat yang berdepan wbak C0vid 19 berikutan pencarum akan berhadapan masalah lebih besar di masa hadapan.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan KWSP membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimvm 10,000 secara one off.

Ini bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan wbak C0v 19.

Macam-macam cadangan.. sampai sekarang tak masuk pun 10k dalam akaun.

Terima kasih kerana mencadangkan.. Kami xmahu pembantahan pengeluaran.. Yg penting kami nak hak kami itu saja.

Bg ja sapa yg nk keluarkan 10k tu..yg xmau,xyah keluarkan..nk keluarkan berapa pun,ikut keperluan dia laaa..alaaaa..benda kecik jaaa.

Tak kesah lah mana2, one off atau 2k sebulan.. bang non, lim kit siang, najib, kj, syed saddiq, shapie afdal, safiq rahim, pandalela rinong pon harap sokong benda2 cmni..

Melegakan rakyat. y pntg akaun 1 boleh keluarkan. dpt tampung sikit2 pon jadilh.

Sumber : HMetro