‘Cico Bukan Disih1r Tapi Dir4cun Oleh Rakan’, Uji Rashid Mula Dedah Cerita Sebenar Terjadi Kepada Cico

Kisah maI4ng menimpa anak penyanyi veteran Uji Rashid iaitu Cico Harahap pernah menjadi perhatian ramai sejak beberapa tahun lalu.

Mungkin ramai masih ingat dan mungkin juga ramai yang tidak tahu mengenai kejadian menimpa Cico yang dikatakan ada kaitan dengan gangguan mist1k.

Ketika itu, Cico yang pelakon dikhabarkan sukar untuk bercakap dan tidak mengenali sesiapa dipercayai menjadi mngsa pengani4yaan pihak tertentu.

Terbaru, menurut laporan Astro Gempak, penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu tampil memberi kenyataan mengatakan anaknya yang berusia 41 tahun itu bukan disih1r tetapi diberi racun.

Pendedahan tersebut dikongsi menerusi program Telekung Talk di platform Facebook Prof Muhaya dan Muhayya Momentum.

Ramai yang mungkin tidak tahu mengenai kejadian ‘mist1k’ menimpa anak penyanyi veteran Uji Rashid iaitu Cico Harahap beberapa tahun lalu.

Ketika itu, Cico yang pelakon dikhabarkan sukar untuk bercakap dan tidak mengenali sesiapa dipercayai menjadi mngsa penganiayaan pihak tertentu.

Terbaru, menurut laporan Astro Gempak, penyanyi lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu tampil memberi kenyataan mengatakan anaknya yang berusia 41 tahun itu bukan disih1r tetapi diberi racun.

Pendedahan tersebut dikongsi menerusi program Telekung Talk di platform Facebook Prof Muhaya dan Muhayya Momentum.

” Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anak saya.

” Sebenarnya Cico bukanlah disih1r tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumanya,” katanya.

Menurut Uji, racun yang diberikan itu boleh membunuh dalam masa empat jam namun dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur panjang untuk merasai nikmat kehidupan.

Beliau juga berkongsi cerita mengatakan anaknya terus rebah selepas minum minuman tersebut ketika sambutan majlis hari jadi rakannya sebelum ditinggalkan tanpa bantuan.

” Saya difahamkan racun itu memberi kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Namun saya bersyukur Cico sudah pulih…

” …walaupun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” ujarnya.

Penyanyi berusia 61 tahun itu mengakui sepanjang menjaga anaknya itu pelbagai dugaan ditempuhi, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.

” Hidup kami susah, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya, Cico dan Rindu (cucu) pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan,” kongsinya.

Sumber:0hmymedia