“Cur4ng Adalah Pilihan, Bukan Kesalahan” Luahan Puteri Sarah Menambahkan Lagi Spekulasi Rumahtangganya

SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan.

Ini selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi mereka.

Yusof ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen.

Ini memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka.

Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

“Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

Sudah 2 Tahun Tak Tinggal Bersama

Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Syamsul Yusof Meluahkan Juga Apa yg Terpendam

Pengarah Syamsul Yusof, 36, memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ketika dihubungi Harian Metro, bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.

Terdahulu, timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin, yang ditemani ibu mentuanya.

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati

“No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram, dia tegas enggan memberi komen.

Apapun, terdahulu Harian Metro melaporkan kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

“Memang Banyak Syaitoonnn..” 

Terbaru, menerusi Insta Story Puteri Sarah dilihat ada memuat naik mesej peribadi.

Itu diterima daripada seorang peminat yang berharap pasangan selebriti itu mempertahan perkahwinan yang dibina demi anak-anak mereka.

“Saya harap sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif.

Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dan halal kerana Allah.

“Maaf saya tak tahu apa yang berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar,” tulis seorang peminat.

Membalas mesej tersebut, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai rumah tangganya.

Rumah tangganya yang kini berdepan ujian dan mengakui bahawa memang banyak ‘syaitan’ seperti yang diperkatakan.

“Cur4ng Adalah Pilihan, Bukan Kesalahan” Luahan Puteri Sarah Menambahkan Lagi Spekulasi Rumahtangganya

HINGGA kini pelakon Puteri Sarah terus bermain teka-teki mengenai perihal rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof yang dikatakan dilanda badai.

Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Terbaharu Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan cur4ng dan tidak setia.

“Cur4ng adalah pilihan, bukan kesalahan.

“Cur4ng ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk t1pu.

“Terlalu susah untuk cur4ng. Lebih baik setia,” demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory.

Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.

“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak.

“Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik… InsyaAllah,” tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.

Gambar kenangan keluarga ini menyambut hari raya bersama pada Mei lalu.

Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

Mawi Pula Menceritakan Sesuatu yg Mengejutkan

Rakan kepada sutradara dan pelakon Syamsul Yusof, Mawi berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan sahabatnya itu tidak benar.

Kata Mawi, dia ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

“Cerita ini saya tahu dari media dan Instagram.

Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note.

Tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya.

Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah.

Saya harapkan cerita ini tak betul… Kita doakanlah,” katanya kepada Gempak.

Mawi ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu.

Tinjauan di Instagram juga mendapati Syamsul dan Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun masing-masing.

Kali terakhir mereka berkongsi foto bersama ketika sambutan Aidilfitri pada Mei lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!