Dah kahwin hampir 30 tahun, baru tahu rupanya adik-beradik

Tular di media sosial kisah pasangan suami isteri yang terpaksa berpisah selepas mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik.

Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, pasangan ‘suami isteri’ itu sudah berkahwin selama hampir 30 tahun sehingga mempunyai beberapa anak dan tiga orang cucu.

Apa yang menyedihkan, mereka terpaksa berpisah dengan rela hati selepas mengetahui status sebenar diri masing-masing.

Menurut lelaki itu, kejadian ini berlaku akibat daripada tindakan bapa mereka yang berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga terdekat.

Sehubungan itu, dia berharap agar kisah ini dapat dijadikan pengajaran betapa pentingnya bersikap jujur kepada pasangan dan menghebahkan perkahwinan kepada orang lain.

Sumber: malaysiasetia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.