‘Dia menangis ketika tidurkan anak kami’ – Suami Cikgu Farhana yang masih hilang buka cerita

BALIK PULAU- Suami kepada guru Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Genting yang hilang masuk hari ketiga hari ini menceritakan keadaan isterinya, Nur Farhana Ibrahim, 27, sehari sebelum kejadian. Muhammad Naim Mahayadin berkata, isterinya didapati menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

“Saya ada tanya dia kenapa menangis tetapi dia hanya jawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa lalu terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar bagi ditumpangkan oleh rakannya untuk ke tol Sungai Dua, Butterworth.

“Isteri saya menumpang rakannya untuk ke tempat kerja dan meletakkan keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada hubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri saya ada di atas almari di bilik. Saya kemudiannya menghubungi rakan isteri saya dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.

“Mereka hanya nampak kereta isteri yang diletakkan di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.

Operasi pencarian yang dibantu Unit K9 dijalankan sekitar sekolah tempat mangsa mengajar dan kawasan berhampiran.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.

“Saya bersama guru dan guru besar mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya.

“Saya mengesyaki kehilangan isteri saya ini ada hubung kait dengan kegagalan permohonannya untuk menukar tempat kerja berikutan dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar,” katanya.

NUR FARHANA

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan polis dengan bantuan Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.

Menurutnya, operasi dilakukan di sekitar sekolah dan kampung berdekatan.

“Operasi dihentikan jam 6 petang tadi (semalam) berikutan tiada petunjuk mengenai mangsa di kawasan sekitar.

“Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.

Nur Farhana didiagnosis mengalami simptom tekanan serius (‘reactive depression with marked anxiety symptoms’) sejak beberapa tahun lalu.

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya setiap hari.

Sementara itu. ramai netlzen yang turut memberi reaksi:

Zainal Md Nor 

saya ngan ustazah ni xda beza…
nak beza pun saya dekat port dicksen,isteri dan anak saya dekat machang kelantan,jumaat malam saya akan henjut balik naik kereta selama 9 jam,ahad malam dh kena bertolak ke pd semula…mintak postin tak dapat,anak bini xnak postin sebab takut tak dapat balik semula ke kelantan,cerita dekat doktor,doktor pakar kata dalam hidup ni kita kena letak no 1 kerja,no 2 keluarga…kamu letak no 1 keluarga no 2 kerja,itu yg kamu bermasalah,saya tanya doktor,suami doktor ada dimana? ada di k.l,duduk berdekatan,doktor suruh saya hadir kaunseling,ustaz yg datang kaunseling janji nak datang pukul 9 stengah,ustaz kauseling gagal hadir pada waktu yg ditetapkan,saya tunggu sampai 11 stengah,saya tanya ustaz,kenapa ustaz lewat..sebelum ustaz tuh mula kaunseling saya,ustaz tu jawab,sebenarnya saya nak datang awal,tapi tadi anak sulung saya masa saya nak datang dia pegang kaki seluar saya,suruh buat susu,nk dukung dulu,itu yg lewat….
pertama isteri
kedua doktor pakar
ketiga ustaz kaunseling
ketiga mereka ini lansung tidak menbantu saya,sebab diri mereka sendiri gagal…ustazah tuh menangis? saya faham kenapa dia menangis,situasi dia dan saya seakan sama…kami merasakan tidak ada orang yg mendengar,tidak ada orang yg mampu tolong…saat begini jika masih kekal ada,hanya kekuatan iman yg dapat menbantu…

Jue Garfield 

Org pempuan ni, lps kawin ptt lebih bahagia, lebih disayangi, lebih dihargai, lebih dicintai, tp ape yg berlaku sebaliknya, lps kawin idup derita, dilayan lg teruk dr bibik, bukan setakat ksh syg xde, tpksa kije caro nafkah dan bekorban segala mnde, jiwa raga, kudrat, emosi, harta benda wang ringgit, segalanya, dilayan lg teruk dr org gj, dr hamba, bila merungut di tuduh x bersyukur, mengungkit, derhaka suami, isteri yg x baik, mcm2 lah, ade setengah somi bila isteri mengadu disuruh baca quran, zikir, bangun tahajud, bila x buat dikatanya mls beramal.. Isteri dah letih dah tekanan teruk, somi buat dek. Nasihat sy la para isteri, pedulikkan je si somi spesis dinding batu. Mohon la pd Allah, dekat kan diri pd Allah. Klau harap bergantung pd somi utk bantu, buat tmbah sakit hati je. Move on. Appreciate diri sendiri. Kita idup utk bkn utk sembah somi.

Aznul Fayz

Bodoh2 je yg komen kt sini..yg tak tahu cerita pun boleh komen yg pedas2 jugak seolah2 mereka di tempat kejadian..sbg saudara seIslam, patutnya doakan yg terbaik utk guru tersebut dan dpt ditemui semula dlm keadaan selamat..suaminya dh rungsing, komen2 sial pulak yg menambah rungsing si suami..mcm nilah melayu haprak! Suka tgk org bertambah susah
#semogaadasinarharapan

Illa Tazila

‘Saya dgn istri xde mslh….’
Itu kata dr pihak kau. Cuba tnya istri plak knape dia buat tindakkan camtu. Sdikit sbyk tekanan tu mesti dtg dr kau gak. Bkn sume suami dlm dunia ni phm apa yg istri rasa. Hargai pengorbanan istri. Klau ada pon bilangan yg sgt2 kecik….

Nor Atikah Hassan

Isteri menangis waktu tidurkan anak…
Suami tanya, cakap xde pape…
Lepas tu terus tidur macam tu ja?
Awak suami, awak perlu tau kenapa isteri awak menangis tengah malam tidurkan anak..
Tanya, waktu tu dia perlukan perhatian… Mungkin dia letih ulang alik jauh… Jadi suami perlu ambik alih kejap tugas isteri di rumah…
Jangan lepas tangan ja bila isteri jawab xdak apa2

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.