Dihalau Anak Dan Menantu, ibu Bawa Diri Tinggal Dalam Kereta Kancil Rosak Selama 40 Hari

ADA perkara yang mereka kata sehingga membuatkan saya kecil hati. Jadi lebih baik saya keluar daripada rumah kerana tidak mahu susahkan mereka.”

Demikian luahan seorang wanita yang tinggal di dalam Perodua Kancil di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.

Wanita berusia 51 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mengambil keputusan tinggal di dalam kereta selepas berkecil hati dengan anak serta menantunya sejak 40 hari lalu.

“Saya nak keluar dari kawasan itu, namun kereta saya tidak boleh bergerak membuatkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari sebelum dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Memang saya ada niat nak pergi rumah anak yang lain, namun belum tentu mereka terima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, dia berterima kasih kepada penduduk yang menghantar makanan sepanjang berada di dalam Perodua Kancil miliknya itu.

“Penduduk ada tawarkan untuk tinggal bersama mereka tetapi saya enggan sebab tidak mahu susahkan mereka. Jadi mereka menghubungi LZS untuk bantu saya.

“Saya juga berterima kasih kepada LZS yang sewakan rumah untuk saya. InsyaAllah, ketika ini saya sedang mencari kerja dan mahu membuka gerai masakan jika diberi peluang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Agihan LZS Daerah Klang, Mohd Shahril Ritin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi parkir di pangsapuri itu selepas mendapat maklumat pada 19 Ogos lalu.

Kenapalah masih ada orang yang sanggup  memperlakukan ibu mereka seperti ini. Jangan nanti bila ibu dan tiada, masa tu baru nak menyesal pun dah tak berguna. Buat kita semua, jagalah ibu kita baik-baik dan jangan anggap mereka sebagai beban. Kalau mereka boleh jaga kita dari kecil lagi, kenapa kita tak boleh jaga mereka selepas kita dewasa?

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.