Disebabkan Mesejni Maruah Bekas Isteri Dai Farhan Tercalar

Bekas isteri kepada pendakwah popular Da’i Farhan, Fatin Nurul Ain mendedahkan dirinya menjadi mngsa penipuan siber berunsur luc4h.

Kongsi Fatin, individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan identitinya untuk menyamar menerusi aplikasi michat.

“Saya belajar agama dan mengajar agama. Takutlah pada Allah …

“Untuk makluman saya hanya aktif dua Akaun ini sahaja, akaun lain seperti michat, mewe atau yang lain memang tiada.

“Dengan status baru saya, saya tampil diri pertahankan maruah diri saya dari fitnah ni, memang sangat besar. Melibatkan nama baik dan keluarga saya,” tulisnya.

Fatin merayu orang ramai agar melaporkan akaun palsu berkenaan kepada pihak berkuasa dan menasihati agar tidak mudah terpedaya.

“Sejauh mana untuk menilai seseorang? Adakah melalui penampilan? atau melalui penulisan msg? Jangan mudah terpengaruh dan mempercayai.

“Nilailah dengan Mata hati.. Semoga Allah memandu hati untuk terus bertakwa padaNya

“Saya mohon selain dari akaun tolong report dan spam, kerana akaun ni menyamar jadi saya.

“Saya doakan agar kita semua dijauhkan dari fitnah yang besar ini dan diberikan kekuatan untuk menentang sebarang penipuan dan kezaliman ke atas orang lain,” tambahnya.

Menerusi perbualan yang dimuat naik di Instagram, akaun tersebut yang menggunakan identiti seperti Fatin menghantar mesej kiriman berbaur luc4h.

Rata-rata netizen meminta ustazah fatin membuat laporan polis dan SKMM namun ada juga yang menasihatkan untuk ‘private’kan akaun IG

P/S: Fitnah akhir zaman kian berluasa guna kan akal dan fikiran kita dgn sebaik baik nya

Sumber: gempak