Dulu beliau pemenang Anugerah PUSKAS setaraf Ronaldo, kini Faiz Subri hanya berniaga minyak wangi di kampung halaman

Dahulunya, nama Faiz Subri selaku pemain bola sepak pasukan Pulau Pinang ini pernah melonjakkan nama negara apabila telah muncul sebagai pemenang bola sepak pertama di benua Asia yang memenangi Anugerah jaringan gol terbaik PUSKAS FIFA 2016.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).

Gol jaringan hasil sepakan percuma ketika menentang Pahang FC dalam kejohanan Liga Super 2016 telah melonjakkan namanya sepanjang karier bergelar pemain bola sepak.

Jaringan terbaik itu dilakukan ketika Faiz membantu pasukannya menetang pasukan Pahang dengan mencatat kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.

Anugerah Puskas FIFA tersebut disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Semasa acara penyampaian anugerah di Switzerland

Dahulu pemenang Anugerah PUSKAS, kini Faiz Subri hanya jual minyak wangi di kampung halaman

Dua tahun berlalu…

Namun kini setelah dua tahun berlalu, Faiz Subri dimaklumkan tidak mendapatkan tempat di mana-mana pasukan kelab bola sepak.

Bekas pemain bola kebangsaan itu, sebaliknya memilih untuk mengusahakan perniagaan menjual pewangi di kampung halamannya di Pulau Pinang.

Dua tahun lalu, nama Mohd Faiz Subri meniti dibibir rakyat Malaysia apabila memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016 berkat jaringan magisnya.

Namun pemain asal Kedah itu kini tidak bermain untuk mana-mana pasukan untuk musim ini.

Namun bapa kepada tiga anak itu menyifatkan laporan bahawa dia tiada pasukan untuk meneruskan karier dalam kancah Liga Malaysia 2019 sebagai kurang tepat.

Sebaliknya dia berkata membuat keputusan untuk menggantung butnya untuk smentara waktu bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

“Buat masa ini saya mahu beri perhatian kepada keluarga, sebab isteri pun baru bersalin hari ini.

“Bukan tak ada pasukan, tapi saya minta tangguh sementara buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dahulu pemenang Anugerah PUSKAS, kini Faiz Subri hanya jual minyak wangi di kampung halaman

Pilih untuk tidak dinamakan, tolak lamaran

Menerusi temu bual bersama NST, Faiz berkata dia memilih untuk tidak dinamakan oleh FA Pulau Pinang, apabila kontraknya berakhir November tahun 2018.

Berita ketiadaan nama Faiz Subri pada liga Malaysia telah mencetuskan polemik dalam kalangan ramai, apabila ramai yang membuat spekulasi bahawa tiada pasukan yang ingin mengambil Faiz Subri sebagai pasukan.

Sebaliknya Faiz ingin memfokuskan kepada keluarga dan perniagaan yang baru diceburinya.

Dahulu pemenang Anugerah PUSKAS, kini Faiz Subri hanya jual minyak wangi di kampung halaman

Faiz Subri juga berharap semoga dia dapat kembali ke Liga M, ketika jendela perpindahan kedua pada bulan Mei ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan penyerang berusia 31 tahun itu tidak dilamar mana-mana pasukan selepas menamatkan kontrak bersama pasukan Pulau Pinang, tahun lalu.

Laporan itu juga menyatakan Faiz menolak untuk menghadiri ujian pemilihan skuad Harimau Kumbang itu, sebaliknya membuat keputusan untuk memulakan perniagaan di kampung halamannya.

Faiz enggan mengulas lanjut tentang perancangannya berkaitan kerjaya bola sepaknya.

Dia sebaliknya hanya berkata akan sedia untuk kembali beraksi bersama sebuah pasukan tetapi enggan mendedahkan nama pasukan itu.

Pada Januari 2017, Faiz mengharumkan nama negara apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah Puskas – untuk jaringan tercantik – menewaskan pemain antarabangsa yang lain.

Ia susulan jaringan ‘knuckleball’ olehnya ketika perlawanan menentang Pahang pada musim 2016.

Faiz patut dapat peluang lagi baik!

Berita tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tempatan, ada yang bersimpati dengan nasib yang dihadapi Faiz Subri, mahupun memberinya semangat untuk lebih berjaya dalam perniagaan minyak wangi yang baru diceburinya.

Dahulu pemenang Anugerah PUSKAS, kini Faiz Subri hanya jual minyak wangi di kampung halaman

Takpe, yang penting dapat award!

Dahulu pemenang Anugerah PUSKAS, kini Faiz Subri hanya jual minyak wangi di kampung halaman

Sumber OhMyMedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.