Video – ” Aku ni manusia Bukan Binatang”- Empat Jam Menunggu Di Kaunter Perkhidmatan Kerajaan, Lelaki Hilang Sabar

Seorang lelaki hilang sabar di sebuah pejabat kaunter perkhidmatan kerajaan setelah menunggu dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Apabila tiba gilirannya untuk diberi perkhidmatan, dia bagaimanapun disuruh datang semula di masa lain, kerana kaunter mengalami masalah kekurangan staf dan sudah tiba masa rehat sedangkan ramai staf kelihatan berjalan tanpa melakukan apa-apa.

Rakaman kejadian tersebut boleh ditonton di bawah:

 

OpLebih menarik perhatian, Netizen mendakwa mereka juga pernah mengalami situasi yang sama di kaunter perkhidmatan kerajaan, tetapi hanya menahan rasa geram.

Komen Netizen:

The responses to this video is crazy. Clearly everyone has bad experience with our civil servant efficiency and sharing their story at this tweet reply. Just keep it civilized and not racist whatnot ya

Tips,nak datang pukul 10-12,Pukul 8-10 sarapan jauh sikit,Pukul 12 nak keluar ambil dan hantar anak sekolah sampai pukul 2,Pukul 2 nak solat, baring kejap dekat surau. 3.30 nak minum petang. 4.30 dah nak bersiap balik. 4.55 semua dah beratur depan mesin punch card.

Nampaknya Netizen berpihak kepada lelaki tersebut dan meminta mutu perkhidmatan di kaunter kerajaan di pertingkatkan.

Ada antara mereka berkata, sebilangan kaunter perkhidmatan kerajaan telah menjalankan tugas dengan efisien namun masih ada kaunter yang perlu memperbaiki mutu perkhidmatan dan meneliti semula masalah red-tape.

Apa pun kita nantikan penjelasan rasmi yang munasabah dari pejabat terbabit.- sumber amazingnara.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.