‘Flat Earth’, wanita ini tulis surat terbuka kepada Suhaimi Saad

Bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad yang mencabar angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar hari ini menerima kritikan di media sosial berhubung dakwaan beliau bahawa bumi berbentuk rata.

Seorang pengguna media sosial Tun Fiqa Mohammad malah menulis surat terbuka mengkritik aktivis tersebut yang turut mempromosikan ‘home-schooling’.

“SURAT TERBUKA BUAT SAUDARI SUHAIMI SAAD”

Assalamulaikum wbt,

Pertama sekali tahniah saya ucapkan kepada tuan kerana menjadi seorang yang sangat teguh pendirian.

Tuan memilih untuk memandu tanpa seat belt.
Tahniah.

Tuan memilih untuk tidak memvaksin anak tuan. Tahniah.

Tuan memilih untuk tidak menghantar anak tuan ke sekolah.
Tahniah.

Tuan memilih untuk meletakkan anak di jalanan untuk meminta derma.
Tahniah.

Tuan memilih untuk membuatkan isteri Tuan beroleh pahala lebih dengan tidak menyediakan mesin basuh.
Tahniah.

Tuan juga menyatakan isteri tuan yang sama tidak tuan berikan kemudahan mesin basuh tadi, tidak bijak cuma level makcik kantin.
Tahniah.

Dan terkini, tuan memilih untuk berdebat dengan angkasawan negara tentang bulat bujur atau leper nya bumi ciptaan Allah swt.
Tahniah.

Dari kaca mata saya, a bad marketing is still marketing. Semua ini tuan pilih untuk berkongsi di facebook. Saya kira tuan bangga menentang arus. Tahniah. Tuan berjaya mendapat perhatian masyarakat. Tahniah atas populariti ini.

Tapi sedarkah Tuan tentang implikasi pilihan tuan ini kepada anak anak tuan dan isteri tuan?

Sesungguhnya hidup ini bersifat sementara, entah esok entah lusa sekiranya tuan tiada lagi, bagaimana agaknya nasib anak anak dan isteri tuan yang telah tuan pisahkan dari norma masyarakat ini? Bagaimana nasib anak anak tadi tanpa pendidikan formal? Sekiranya sakit anak anak tadi kerana tiada vaksin, adakah sekadar takdir dan tidak perlu usaha? Kerana tuan tidak berusaha untuk mencegah dari awal lagi.

Tuan, sekiranya Bumi ini berbentuk flat, dimanakah hujung nya? Dimana temboknya? Tak terjatuh manusia di hujung dunia ke planet sebelah? Apa tuan menidakkan graviti? Naik turun matahari? Dan juga bulan? Saya khuatir apa yang tuan ajarkan kepada anak anak tuan tentang kejadian alam?

Tuan, ini perlunya berguru tuan. Pesan ayah kepada saya, seperti juga ilmu persilatan, Ilmu tidak pernah boleh ‘ditebuk tengah’ sekiranya tetap dilakukan maka buruklah padahnya. Al quran adalah tunjang kepada sains, kejadian alam dan manusia semua dijelaskan di dalam al quran, tetapi tuan, sains menjelaskan semua ini dengan lebih mudah agar dapat difahami manusia. Tetapi tuan menolak semua ini dan memilih untuk mentafsir sesuka hati tuan. Apakah ilmu yang tuan ada? Siapa guru tuan? Apa rujukan tambahan tuan? Apa sirah yang tuan sandarkan?

Seiring dengan ilmu, perlu juga beradap. Islam menganjurkan kita berbaik sangka dan membina ukhwah. Ukhwah apa yang tuan terapkan dengan mencabar dan mempersoalkan orang lain? Setelah Syeikh Muszafar menzahirkan kesyukuran dan kebesaran Ilahi yang dilihatnya sendiri saudara masih mempersoalkan beliau. Terus menerus menjolok sarang tebuan. Apa yang cuba tuan buat? Adakah tuan mahu kami semua percaya yang bumi ini leper?

Tidak tuan, kami semua ke sekolah.

Tuan, seandainya dicelup jari kita ke dalam lautan, setitis cuma ilmu kita. Maka bergurulah, buka minda tuan dan jangan cuba menjadi pakar dalam sesuatu yang bukan bidang kita. Sesungguhnya, “ihdinassiratulmustaqim”.

Dengan rendah hati saya mohon tuan untuk mendapatkan nasihat kesihatan dari pakar kerana sejujurnya saya khuatir tuan mempunyai masalah yang tuan sendiri tidak ketahui. Agama adalah tunjangnya, sains adalah cabangnya. Janganlah ditolak sekiranya ilmu tidak penuh didada.

Semoga kita semua beroleh kebaikkan dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.”

Dr. Sheikh Muzaffar hari ini memberi kenyataan balas membidas dakwaan Suhaimi bahawa bumi adalah berbentuk rata.

Beliau juga mengakui sukar mengubah pendirian individu yang percaya dengan ideologi terbabit.

Semoga Suhaimi dapatlah mebalas surat terbuka ini. Jangan pulak di block ke apa ke yee.. kemukakan hujah tuan yang bernas..

sumber: ceritakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.