Gelagat Berasap Dirakam, Menteri Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan Mengapa Beliau Bertindak Begitu

CYBERJAYA – Di Youtube, viral satu rakaman video menunjukkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sedang menghisap vape di dalam Dewan Rakyat.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan permohonan maaf kerana terlajur menghisap vape ketika persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.

Hishammuddin melalui ciapan di Twitter berkata beliau tidak menyedari akan perbuatan tersebut sambil berjanji untuk tidak mengulangginya.

“Maaf, saya tidak menyedarinya (kerana) ia kelaziman baru. Saya minta maaf kepada Dewan Rakyat dan berjanji tidak akan melakukannya lagi,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu klip video berdurasi 0:09 saat tersebar di media sosial yang menunjukkan ahli parlimen Semberong itu menghisap vape sambil mengunakan penutup mulut.

Tindakan itu kemudiannya ditegur oleh pengikutnya di laman media sosial sambil meminta Hishammuddin untuk memberikan penjelasan.

Sementara itu, tinjauan yang dilakukan mendapati rata-rata memuji tindakan tersebut kerana berani mengaku atas kesilapan yang dilakukan.

Jujur mengaku adalah yang terbaik.

Gentleman made mistake

Kami sedia membantu

Respect to the gentleman

Sumber: sk & ohbulan