Genap Setahun Adib Pergi, Tunang Zahir Coretan Redha

17 Disember 2018, tarikh yang mengejutkan rakyat Malaysia dengan kepergian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Kassim.

Beliau terkrban ekoran daripada kecedraan yang dialami ketika rushan di sebuah kuil yang terletak di Subang Jaya.

Hari ini, genaplah setahun pemergian Adib yang menyentuh hati rata-rata rakyat Malaysia.

Ahli keluarga terdekat dan tunangnya, Nurul Najihah nyata bersedih ketika Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Setahun sudah ianya berlalu, Nurul Najihah melalui laman Facebook miliknya berkongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar arwh Adib berserta luahan kerinduannya.

Menurut Nurul Najihah melalui perkongsiannya itu, perancangan Allah SWT kepada kita adalah yang paling terbaik.

“Ketika Allah membuat kita menunggu, jangan pernah berfikir Dia tidak menyayangi kita.

Ketika Dia mengambil sesuatu daripada kita, jangan pernah anggap Dia menghukum kita.

Dia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk kita”

Coretan itu nyata menzahirkan rasa redha dalam dirinya setelah setahun tunangnya itu pergi meninggalkan dirinya dan keluarga.

Nurul Najihah dan Adib dikatakan sepatutnya menamatkan zaman bujang mereka beberapa hari selepas Adib menghembuskan nafas terakhirnya.

Sumber: Nurul Najihah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.