“Hentikan Gurauan Menggunakan Sricker Ini”, Pended4han Sebenar Ini Buat Kita Tersentak

Orang kata, kalau nak bergur4u itu biarlah berpada-pada dan tidak berlebihan hingga menggur1s hati sesiapa, kan?

Kalau anda selalu ‘scroll’ Facebook, mesti pernah terjumpa dengan potongan dialog pendek berunsur lawak seperti di bawah ini.

Tidak cukup dengan kisah ringkas, turut disertakan sekali gambar seorang lelaki tidak yang tidak dikenali identitinya menjadi ‘meme’ dan penyeri dialog tersebut.

Persoalannya, adakah kita kenal siapa lelaki tersebut?

sebenarnya individu yang kelihatan sedih menangis dalam gambar ini bukanlah dibuat-buat riaknya, tetapi dia menangis kerana peristiwa sebenar yang mengubah hidupnya.Lebih mengejvtkan, ada kisah pilu yang tersingkap di sebalik tang1snya itu yang ramai tidak tahu. Namun sangat menyedihkan, gambarnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan ‘melawak’ yang tidak kena tempatnya.Pendedahan ini didedahkan sendiri oleh sahabat individu tersebut, Syed Mohd Nazli Jamalullail menerusi satu hantaran di Facebooknya pada 18 April tahun lalu sebelum kembali tular semula baru-baru ini.Mari ikuti pendedahan ini. Semoga kita ‘terasa’ bersalah jika pernah ‘menyalahgunakannya’.

Gur4uan?

Ya, saya tidak menolak gur4uan. Bergur4ulah tetapi bersederhanalah dengan gur4uan kita.

Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar-gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gur4uan di atas tanpa mengetahui gambar siapa dan kenapa dia menangis dalam keadaan sebegitu.

Gambar di atas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kawan saya ini dirakam gambarnya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa tsvnami pada tahun 2004.

Dalam tr4gedi itu saudara Zul kehilangan lima (5) anaknya sekaligus, termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa tsvnami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Lima anak Zulkifli yang terk0rb4n ialah Siti Nurain, 17; Mohd. Shukri, 12; Siti Nur Shuhada, 10; Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Suraya, 5.

Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.

Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergur4u.

Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa dan kenapa saudara Zul bersedih sebegitu.

Justeru saya nasihatkan kita seeloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang-orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun.

Terima kasih.

Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail
18 April 2020
BBB

Gurauan?Ya, saya tidak menolak gurauan, bergurau lah tetapi bersederhana lah dengan gurauan kita.Saya cuma nak…

Posted by Syed Mohd Nazli Jamalullail on Saturday, April 18, 2020

Sumber: Syed Mohd Nazli Jamalullail, Siakap Keli