Ibu Bapa Tak Sangka. Buat Pertama Kalinya, Tun M lawat Ainul Mardhiah di London!

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat bayi menghidap kans3r mulut Germ CeIl Tum0r, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, di hospital di London.

Lawatan Perdana Menteri itu dilaporkan menerusi akaun Twitter @chedetofficial dan Facebook beliau, hari ini.

Video lawatan itu turut dimuat naik, di mana kelihatan Perdana Menteri disambut pihak hospital.

Turut kelihatan ibu bapa bayi berusia sembilan bulan terbabit, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 24.

Perdana Menteri berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi tiga hari sejak Jumaat lalu.

Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembdahan membuang ketumbvhan di mulutnya pada 10 Jun lalu, dipindahkan ke wad biasa sejak Jumaat lalu.

BERITA BERKAITAN

BAPA kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak hari ini berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di London, semalam.

Gambar berkenaan yang turut memaparkan isterinya, Nurul Erwani Zaidi; pakar bedah pelatih, Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan doktor yang terbabit dalam merawat Ainul Mardhiah dimuat naik dalam laman Facebooknya.

“Alhamdulillah. Selain Tun Dr Mahathir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pun pernah bertemu kami sejurus kami tiba di hospital pada hari pertama.

“Mereka semua mendoakan yang terbaik buat Ainul Mardhiah,” katanya.

Dr Mahathir semalam menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia di kediaman Pesuruhjaya di Templewood Gardens, London

Beliau sebelum ini dalam lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK) sejak Jumaat lalu.

Pada masa sama, Ahmad Safiuddin turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan agensi kerajaan termasuk Pusat Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan wakil rakyat yang banyak membantu beliau serta keluarga dalam urusan pembdahan Ainul Mardhiah.

“Tidak ketinggalan juga (ucapan terima kasih) kepada doktor yang merawat Ainul sebelum ini, NGO (badan bukan kerajaan), ahli korporat, rakyat Malaysia dan pihak lain yang banyak membantu memudahkan urusan kami.

Teruskan melakukan kebaikan

“Tiada kata lain boleh kami katakan, tanpa mengira fahaman, agama dan bangsa, anda semua membuat satu perkara yang baik dan mulia di sisi Tuhan. Tuhan akan mengira setiap usaha baik tuan/puan yang dilakukan di akhirat kelak.

Terima kasih buat semua

“Terima kasih kepada semua doktor (Malaysia dan UK) kerana anda semua adalah insan yang sentiasa mahukan yang terbaik buat Ainul,” katanya.

Ainul Mardhiah, sembilan bulan, yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ selamat menjalani pembdahan membuang ketumbvhan di muIutnya di sebuah hospital di London, 10 Jun lalu.

Ketuvmbuhan pada muIut bayi berkenaan yang mula membessar sejak dilahirkan hingga mencapai berrat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bed4h dan anstetik, diterajui Ketua Unit Crani0facial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah yang semakin stabil juga membolehkan bayi itu dipindahkan ke wad biasa sejak Jumaat lalu, dengan semua jarvm di tangan dan kakinya sudah dicabvt.

Sumber : HarianMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.