”Ibu Nak Pegang Tapi Tak Terdaya” Detik Penuh Emosi Kali Pertama Tatap Wajah Anak Dila hirkan Selepas 5 Bulan Ko ma

Berat mata memandang, berat bahu yang memikul. Tidak terungkap rasanya pend eritaan yang dialami oleh wanita ini. Terlantar di katil dan ko ma selama lima bulan, ketika sedar dia masih mengenali anak yang dilahirkan ke dunia ini walau belum sempat pun anak itu disentuh. Benarlah, kasih sayang seorang ibu itu mengatasi segalanya.

Nur Fadilla atau lebih dikenali sebagai Mokla, 28, mengalami komp likasi sewaktu melahirkan cahaya mata sulungnya. Sewaktu menjalani proses pembe dahan caes arean pada 18 November tahun lalu, jantuung Mokla dikatakan berhenti secara tiba-tiba.

Kakak kepada Mokla, Nur Hasirah ketika dihubungi  berkata, pada asalnya adiknya itu hanya terlewat ‘due date’ enam hari dari tarikh asal jangkaan bersalin. Setelah tiga hari doktor melakukan ‘ind uce’, tiada tanda-tanda Mokla akan melahirkan bayi secara normal.

”Dia masuk hospital 14/11.. due dia enam hari sebelum tu.. bila overdue, 15/11 indu ce untuk bayi paksa lahir.. petang 15 bukaan baru 2cm.. 16/11  ind uce untuk kali 2.. bukaan tetap sama.. lepas 3 hari, jam 2 pagi 18/11/18 Dr decide melakukan pemb

edahan. 

”Sebelum masuk bilik be dah dia memang stabil, dia sedar. Semasa tengah operate, dr cakap  jan tung dia tiba tiba berhenti. Tetapi dia tersedar semula 10 minit setelah anak dilahirkan. Dr cakap oksigen dalam kepala dia kurang menyebabkan dia koma sampai sekarang,” kata Nur Hasirah.

Sentuhan pertama ibu dan anak

Setelah lima bulan koma, hari ini setelah sedar, Mokla pertama kali dapat menyentuh cahaya mata sulungnya. Pertemuan menyayat hati yang tular di media sosial itu membuatkan ramai yang tidak mampu menahan air mata.

Biarpun dia tak mampu berkata-kata, linangan air mata yang tidak henti mengalir dalam pertemuan kira-kira dua jam bersama bayinya, Mohd Syahmi, cukup membuktikan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Ikuti luahan adiknya ini yang menyentuh emosi.

02.04.2019 ( hari ke 138 )

SENTUHAN PERTAMA….

Pertemuan antara ibu dan anak…. pilu campur gembira.. tak terkata… 
Air mata laju je keluar..  Moklaa angkat tangan untuk ambil anaknya.. tapi apakan daya.. dia tak mampu.. separuh saja terangkat.. tak sampai.. Allahhhuuuuu…

Moklaaa.. kuatlah demi anak mu… Sentuhan pertama.. pipi ke pipi… Moklaa menangis sekuat hati.. Syahmi turut meratapi…

Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah… Sembuhkanlah moklaaa….

Jelas Hasirah, adiknya itu tidak berhenti menangis sewaktu menyentuh Syahmi buat pertama kali di luar bilik raw atan rapi IC U.

”Dia tak berdaya melakukan apa-apa, walau bercakap sepatah pun.. kami terpaksa pegang badannya untuk duduk.

”Pagi tadi saya letak Syahmi kat pipi, biar dia riba.. dua jam dengan Syahmi, Mokla tak berhenti menangis, sedih kerana pertama kali menyentuh anak,” kata Hasirah.

Lebih menghibakan, jelas Hasirah, doktor berkata jika adiknya itu sembuh sekalipun, dia tidak mampu kembali normal seperti orang lain kerana mengalami kece deraan pada otak.

Suaminya Mohd Saiful, 29, turut berk orban mengambil keputusan berhenti kerja sementara waktu bagi menumpukan perhatian menjaganya di hos pital.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.