‘Ini cara terakhir, tolonglah bantu anak saya…’

Seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap penyakit Venous Malformation pada jari kanannya berdepan risiko tangannya dipotong sekiranya ia tidak dirawat dengan secepat mungkin.

Menurut bapanya, Muhamad Shahril Hassanudin, anaknya Muhammad Awal Neddim memerlukan rawatan di luar negara yang menelan belanja keseleruhan berjumlah RM65,000.

Ini kerana, penyakit itu sudah mencapai tahap kritikal dan sudah merebak sehingga ke pergelangan tangan.

Menurut Muhamad Shahril, anaknya terpaksa menahan sakit dan menangis setiap hari kesan daripada penyakit itu.

“Saya sangat mengharapkan orang ramai sudi menderma untuk anak saya walaupun RM1. Ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” katanya.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkannya ke akaun Maybank bernombor 164098565673 atas nama Muhamad Shahril.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.