“Inilah muka budak tu..” Kesal Gambarnya Menjadi ViraI, Lelaki ini Akan Failkan Saman

Baru-baru ini kecoh di media sosial membabitkan seorang pensyarah dikatakan memarahi pelajar ketika kelas online kerana tidak mempunyai komputer.

Bukan itu sahaja, difahamkan pensyarah tersebut juga teruk dihentam netizen.

Ia apabila memaklumkan yang dia tak boleh duduk dengan golongan B40 selepas begitu kecewa dengan sikap pelajarnya.

Tidak berhenti di situ saja, pelbagai ‘plot twist’ tular di media sosial mengenai pelajar tersebut.

Ia apabila terdapat beberapa pihak memaklumkan pelajar tersebut tidak memohon bantuan zakat, sebaliknya hanya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hari ini, warganet kembali hangat mengenai isu tersebut apabila salah seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Arie Dwi Andika menyebarkan gambar pelajar tersebut beserta beberapa pandangannya.

 

     

 

Namun, posting yang tular di laman Facebook tersebut telah membangkitkan kemarahan pemuda di dalam gambar tersebut dan rancak dibahaskan di laman Twitter.

Menerusi ciapan Shameil,  dia meminta warganet untuk berhenti menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan gambarnya.

Tegasnya, dia tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

https://twitter.com/Shameil_/status/1509714316102369284?s=20&t=KlNmeE5_ihZtZFZrTM_yMw

Shameil mengatakan dia bukanlah pelajar tersebut dan tidak tahu punca individu terbabit menyebarkan gambarnya di Facebook, selain mengeluarkan kenyataan seperti itu.lelaki dikaitkan dengan pelajar sem 5 bakal

Melihat kepada perkara tersebut, rata-rata warganet menyuruh lelaki tersebut untuk membuat laporan polis kerana individu itu telah menyebarkan berita palsu sehingga menjatuhkan maruah seseorang.

Tidak kurang juga, terdapat warganet meluahkan rasa kesal apabila sikap taksub rakyat di negara ini terhadap sesuatu isu ‘hangat’ sehingga sanggup mereka cerita yang bukan-bukan terutamanya di Facebook.

Selain itu, dilihat ada warganet mengatakan lelaki itu boleh membuat aduan secara terus ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), selain memfailkan saman fitnah.

Sumber: Twitter @Shameil_