Israel ‘Penyangak’ Sama Macam Najib – Tun Mahathir

TUN Mahathir dalam ucapannya di Cameron Highlands hari ini menyamakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Israel.

“Masa Najib dulu saya nak cerita, apabila ada satu mesyuarat, Orang Israel nak hantar dua wakil dia terima. Tapi kami Pakatan Harapan bila orang Israel nak ambil bahagian dalam perlumbaan, berenang, kami tak benar orang Israel pasal ini penyangak sama dengan Najib,”

“Kita tengok Israel, nombor satu curi tanah orang, orang Palestin punya tanah dia curi buat (negara) Israel.”

“Nombor dua sekarang ini dia buat bangunan-bangunan di tanah milik orang Palestin begitu banyak tanah tak pernah jadi dalam dunia ini, sebuah negara buat bangunan di negara asing dia duduk situ,”

“Kita nak bantu sikit Orang Palestin nak hantar sikit ubat, makanan, barangan untuk buat rumah dia tangkap kapal kita di tengah laut dan orang kita dimasukkan dalam jel beberapa hari,” katanya.

Menurut Mahathir, Malaysia tidak mahu menerima Israel kerana negara itu adalah penyangak.

“Saya ditanya oleh pemberita apa sebab kita tak bagi orang Israel ni datang berlumba di Malaysia? Saya kata dia datang daripada negeri penyangak, kami tak suka penyangak! Kami baru sahaja buang seorang penyangak jadi macam mana nak terima negara penyangak,” katanya.

Mahathir turut menyamakan tindakannya menghalang Atlet Israel itu dengan tindakan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

“Trump presiden Amerika kata orang Islam daripada 5 buah negara tak boleh masuk negara dia, kalau Trump boleh buat pasal apa saya tak boleh buat?” soalnya.

Menurut Mahathir dalam pilihan raya ke 14, BN ditolak buat kali pertama, ditolak kerana dipimpin oleh seorang penyangak.

“Dunia tahu panggil dia kleptocrat, bermakna pencuri itulah gelaran yang diberi kepada Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Tak malukah kita?” soalnya.

“Sebab itu kita semua buang Najib daripada jadi perdana menteri dan UMNO pula buang Najib daripada jadi presiden. Dia kena buang, parti dia sendiri buang dia,” katanya.

Katanya lagi, Umno sudah tidak ada, yang ada sekarang ialah parti penyangak dan beliau yakin parti itu sudah tidak ada lagi masa depan.

Sumber: milosuam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.