Isteri mengidam disuruh berjimat, suami pula habiskan duit beli sport rim mahal

Assalamualaikum warga KRT. Saya isteri berumur 18 tahun, saya berkahwin dengan suami saya hampir lima bulan. Sekarang saya disahkan hamil empat bulan.

Saya berjumpa dengan suami secara kebetulan dan berkawan dalam tempoh sebulan. Saya berkahwin sebab mak dan ayah saya sudah bercerai dan selama ini saya hidup dengan ayah. Ayah pula dah mennggal dunia pada Mac tahun ini.

Suami saya minat bab moto. Saya tak kisah dia nak minat motor tetapi bila saya teringin nak makan jagung yang berharga RM2 itu, dia cakap kena berjimat.

Pastu dia hantar saya balik ke rumah. Saya check telefon dia, rupa-rupanya duit dia habis untuk beli barang moto. Saya terasa min, sedangkan saya betul-betul mengidam nak makan jagung.

Dia tidak pernah hulurkan satu sen pun kepada saya. Disebabkan duit KWSP ayah saya yang akan masuk tidak lama lagi, saya jadi risau sebab dia yang pegang kad pengenalan dan kad bank saya. Bila saya tanya kenapa? Dia cuma jawab,

“Nanti ayang membazir”

Ya Allah, saya tak pernah habiskan duit dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Semuanya bab makanan sahaja.

Lepas tu saya ada minta izin walaupun itu duit saya. Saya kata, “Nanti nak beli baju baru boleh tak?”. Dia cuma jawab, “Jimat la, duit ni la nak beli barang anak, nak bayar bil hospital.”

Saya terasa min, bukannya saya minta baju mahal-mahal ppun selama ini. Tetapi dia pula bagi alasan nak berjimat.

Dia pernah minta duit peninggalan arwah ayah saya itu digunakannya untuk beli rim motor dan handphone. Ya Allah, duit itu saya tak terfikir pun nak digunakan untuk diri sendiri. Saya fikirkan keperluan anak saya saja.

Dulu saya suka sangat beli barang makeup. Tetapi selepas kahwin, saya tinggalkan semua itu sebab saya tak bekerja. Saya tak pernah kacau duit dia min. Masa awal kahwin dulu saya pernah bekerja. Kalau nak pergi beli barang, mesti dia minta duit gaji saya dengan alasan malu kalau orang nampak bini yang buka dompet untuk bayar itu ini.

Bila saya minta duit dia, saya dah jadi macam pengemis yang meminta sedekah.

Sebelum kahwin, dia okey saja. Hari-hari datang rumah bersembang dengan mak saya. Tetapi selepas berkahwin, nak ajak balik sebulan sekali pun tarik muka sebab dia takut mak saya minta duit.

Tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya muda dan mengandung. Sedih sangat-sangat. Nak keluar ke kedai di depan rumah pun dia tak bagi. Suruh pergi ambil adik saya yang berumur 8 tahun temankan saya di rumah pun tak boleh. Sedangkan dia selalu bekerja syif malam.

Saya cuma berkongsi cerita, sebab saya tak ada kawan untuk meluahkan hidup saya yang hanya berada di dalam rumah.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*