Isu seludup pendatang, Wanita berpangkat Penolong Pengarah Imigresen di tahan

Dua hari lepas, seorang wanita selaku Penolong Pengarah Imigresen yang bertapak di kompleks imigresen Johor Bahru telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu sindiket penyeludupan migran.

Pegawai kanan berumur 50 tahun itu telah ditahan oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, ketika masih di tempat tugasnya oleh anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, ujar Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Tindakan di ambil lanjutan daripada penahanan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lepas, yang dipercayai terbabit dalam kes sama.

“Bukan hanya seorang, tetapi tiga suspek selaku pegawai imigresen juga telah ditahan atas penglibatan dalam kes yang sama, 23 jun yang lepas”

Suspek-suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dengan mengguna pakai prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Ketua Polis Johor menyatakan bahawa “Modus operandi suspek adalah dengan menyediakan cop imigresen Malaysia yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang telah tamat tempoh pas lawatan sosial (PLS) sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan,”.

Beliau selaku Ketua Polis juga tidak akan melindungi mana-mana pihak yang memegang jawatan tinggi jika sabit kesalahan berkenaan sindiket penyeludupan.

Datuk Ayub Khan berkata “Polis Johor tidak melihat status, kalau terlibat kita tangkap tidak mengira kedudukan. Ada pihak cuba kaitkan isu tangkapan (sindiket) ini dengan mengatakan bahawa polis menganiaya,”.

“Tidak timbul isu itu kerana kita hanya jalankan siasatan dan menyiapkan kertas siasatan, setelah itu dipanjangkan kepada pejabat Peguam Negara dan mahkamah yang akan tentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA