“Jangan Banding Kerajaan 61 Tahun Dengan Sembilan Bulan..” – MB Selangor

Rakyat tidak boleh menilai dan membandingkan kecekapan pemerintahan kerajaan yang sudah 61 tahun dengan baru berusia sembilan bulan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ini kerana kerajaan yang berusia sembilan bulan ini masih baharu, masih banyak perlu belajar dan di peringkat ‘bayi’ .

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu menilai kedua-dua zaman pemerintahan itu dengan adil dan betul.

“Kalau kita nak nilai kerajaan, janganlah banding kerajaan yang 61 tahun dengan kerajaan yang berumur sembilan bulan.

“Mana boleh kita banding bayi dengan seorang warga emas. Pengalaman berbeza. Bercakap pun tak boleh nak banding. Nak banding biar banding dengan adil dan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada ceramah kempen Pakatan Harapan (PH) di pekarangan Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Kuala Pajam, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) , Datuk Salahuddin Ayub.

Tambah Amirudin, rakyat perlu melihat bagaimana kerajaan mentadbir di dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang di bawah PH.

Katanya, daripada dua negeri itu, rakyat dapat melihat contoh bagaimana PH berdiri.

“Di situlah (Selangor dan Pulau Pinang) kita dapat lihat rupa bentuk dan gaya pentadbiran PH,” ujarnya

Sumber: Utusan Online

Dalam pada itu ramai netizen yang memberi respon berkenaan kenyataan menteri besar Selangor itu.

 

Xdeklah banding pun. Mmg org tau kereta yg 61 tahun tu level muzium dah, x pun besi buruk. Condition xyah cterlah, belum bab enjin lagi. Tapi masalahnya kete baru beli 9 bulan ni dah semput, memula jer tgk mcm best, sekali jalan semput, quality out. Habis tu nak wat apa? Warranty ada lagi ke? Kalau ada kasi tukar 1 to 1 exchangelah.

ahli pakatan kan power2..dulu boleh kata ..hari kita menang.. Esok harga minyak turun…
Sy sampai 3 hari tak beli minyak sbb nk tggu harga minyak turun rm1.50..
Last last..tepaksa tunggu Sampai 9 bulan..pon tak jugak turun…. Hadoi…. Kena kencing

Kerajaan BN dh tinggalkan ekonomi yg baik & aset yg tinggi..cuma perlu penambahbaikan je..ni makin teruk pulak jadinya..aset jual,hutang makin tinggi,ekonomi makin teruk..

Kredit:myinfoharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.