Jen4z4h Rabitah sel4mat dikebvmi di Australia, keluarga titipkan kata-kata ini

Jen4zah Rabitah Hamed, 49, yang men1ngg4l dvnia dalam kem4lang4n di Griffith, Australia, pada 8 Februari lalu, sel4mat dikebuvmikan di Tanah Perkvburan Islam di Griffith, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

Abang iparnya, Mukhti Mat Jusoh, 58, berkata mereka sekeluarga bersyvkur kerana penantian keluarga yang mahu jen4zah dikebvmikan segera akhirnya tercapai, walaupun terpaksa menunggu selama 10 hari.

Katanya, keluarganya termasuk tiga anak arw4h berusia 14 hingga 26 tahun tetap reda dengan apa yang berlaku, walaupun tidak dapat menatap wajah arw4h buat kali terakhir.

“Memang kami berharap sangat supaya jen4zah dapat dibawa pulang ke Malaysia, namun disebabkan banyak proses yang perlu dilakukan, kami reda arw4h dikebvmikan di Australia.

“Kami minta rakan arw4h di sana, membuat rak4man langsvng keadaan di sana ketika pengebvm1an dilakukan, dapat juga kami melihat di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mukhti berkata, keluarga akan meneruskan majlis tahl1l untuk arw4h di masjid dan surau di kawasan ini sehingga hari ke-14.

“Saya juga akan menunaikan am4nah Allahyrhm untuk menjaga ketiga-tiga anaknya (Rushaniena Izani, 26; Ridwana Ardini, 19 dan Rafiq Afif Rusman, 14),” katanya.

Mukhti berkata, mereka sekeluarga berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan d3rma bagi menampung k0s pengebvm1an Rabitah.

Dalam kejadian 8 Februari lalu, Rabitah m4ut terbabit dalam kem4lang4n selepas dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di Griffith, Australia.

Rabitah m4ut di tempat kejadian akibat terpel4nting keluar dari kereta dipandunya yang kemudian terjatvh ke dalam tali air berdekatan.

Sumber: coretanummie